SEREMBAN - Rungutan pelbagai pihak berhubung perubahan Cuti Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 akan dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kata Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurutnya, pihaknya memahami dan mengambil perhatian terhadap setiap rungutan namun berpendapat perkara paling penting diberi perhatian ketika ini ialah soal keselamatan pelajar yang telah memulakan sesi persekolahan.

“Saya faham memang ada sedikit rungutan dan pandangan berbeza pihak tertentu tetapi sudah pasti kita setuju PnP (pengajaran dan pembelajaran) jadi keutamaan selepas situasi Covid-19 semakin reda.

“Saya akan bincang perkara ini dengan Menteri Pendidikan. Apa yang saya hendak tekankan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk pastikan kebajikan pelajar diutamakan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat lawatan pembukaan sesi persekolahan di Kolej Vokasional Ampangan di sini semalam.

Artikel menarik:

'Sekolah akan ditutup buat sementara waktu jika ada kes' - Dr Noor Azmi

Pembukaan sekolah rendah...KPM masih belum buat keputusan

PM tinjau pembukaan sekolah, pelajar luah perasaan setelah dapat kembali ke sekolah

Pelajar teruja kembali ke sekolah, setelah tiga bulan sekolah diarah tutup