JELEBU – Seramai 140 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari seluruh Negeri Sembilan mewakili daerah masing-masing, telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan.

Sempena Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2020, pada 30 Januari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan.

Program anjuran Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan itu turut disertai oleh 288 pelajar arus perdana dari sekolah seluruh Negeri Sembilan.

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir (SMKTH), Elmy Azizan Abdul Aziz, kejohanan tersebut berjaya menghimpunkan sejumlah besar penyertaan daripada pelbagai sekolah di seluruh Negeri Sembilan.

“Para atlet pelbagai kaum khususnya pelajar-pelajar PPKI telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi demi memenangkan daerah masing-masing.

“ Ini menyerlahkan lagi kekuatan perpaduan dalam kalangan  atlet, merentasi sempadan sekolah dan daerah. Pastinya sekolah adalah satu institusi yang paling ampuh memupuk dan memperkasa segmen perpaduan sebelum murid-murid keluar menyertai masyarakat massa,”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pelaksana Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2020 turut menjelaskan, potensi anak pendidikan khas boleh terus dicungkil dan diasah menerusi aktiviti kesukanan.

“Bakat mereka ini jika terus digilap bakal melahirkan atlet paralimpik bertaraf dunia. Semoga semua pihak sedar dan cakna tentang bakat anak-anak pendidikan khas ini.

“Selaku tuan rumah, selain memperkenalkan SMKTH kepada kontinjen-kontinjen yang bertanding, kami juga berpeluang menunjukkan suasana kampung Simpang Durian yang cantik dan nyaman, serta trek larian yang mencabar kepada semua atlet,”katanya kepada GPS Bestari.

Katanya, kejohanan ini juga diharap dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas. Selain mencungkil bakat mereka dalam bidang sukan.

“Saya juga berhasrat, menerusi program seumpama ini akan dapat melahirkan atlet merentas desa PPKI yang berpotensi untuk mewakili Majlis Sukan Negeri dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan kelak di Melaka.

“Manakala atlet merentas desa arus perdana yang terpilih mewakili negeri, dijangka akan berada di Putrajaya Mac ini untuk Kejohanan Merentas Desa peringkat Majlis Sukan Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), ” katanya.

Kejohanan bermula jam 7 pagi itu disertai 428 peserta dari seluruh Negeri Sembilan menerusi 10 kategori lelaki dan perempuan berumur antara 12 hingga 19 tahun, melangkaui jarak antara empat hingga lapan kilometer.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid JPNS, Azmi Basir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas JPNS, Jamilah Kadir, Timbalan PPD Jempol Jelebu, Anuar Nordin, Ketua PPD Rembau, Anuar Mat Isa, Ketua PPD Tampin, Alias Abd Samad dan YDP PIBG SMKTH, Dol Ramli Mustafa.

Dalam kejohanan itu, secara keseluruhan Majlis Sukan-sukan Sekolah Daerah (MSSD) Seremban 2 muncul juara keseluruhan bagi kategori pelajar arus perdana. Sementara tempat kedua dan ketiga menjadi milik MSSD Seremban 1 dan MSSD Tampin.

Daerah yang menyertai

1.MSSD Jelebu

2.MSSD Jempol

3.MSSD Seremban 1

4.MSSD Seremban 2

5.MSSD Kuala Pilah

6.MSSD Tampin

7.MSSD Rembau

8.PORT Dikson

 

Pemenang Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas

Perempuan bawah 19

1.Seri Rohayu Nor Aishah Evandi    - Seremban    

2.Siti Haida Kamarolzaman    - Seremban

3.Qistina Lidiya Sulaiman - Jempol/Jelebu    

 

Lelaki bawah 19

1.Syafiq Syahdinie Suhaimi     - Jempol/Jelebu

2.Muhammad Aimin Husin    - Rembau

3.Muhd Nur Aiman Abdul Shukor    - Kuala Pilah

 

Perempuan bawah 14

1.Siti Norfarhana Nordin - Jempol/ Jelebu

2.Nur Athirah Adriana Suhaimi -     Jempol/ Jelebu

3.Wong Kong Swee    - Seremban

 

Lelaki bawah 14

1.Muhd Zikry Nasruddin Mohamed -     Seremban

2.Shasvindran Rajmogan - Seremban

3.Muhammad Muqrish Samsudin    - Port Dickson

 

Pemenang Kejohanan Merentas Desa (arus perdana)

Perempuan bawah 18

1.Nabilah Nuramisya Shamsuri - Seremban 2

2.Kritikah Manivannan - Seremban 2

3.Manishaa Sivakumar - Seremban 1

 

Perempuan bawah 15

1.Puvahrsha Krishnan - Seremban 2

2.Nur Lailatul Fatihah Mohd Aris - Seremban 1

3.Aisya Azizul - Seremban 1

 

Lelaki bawah 18

1.Vetraj Raman - Seremban 2

2.Ahmad Nazief Ahmad Hisham - Seremban 2

3.Sree Vishnu Reddy Siva Kumar - Seremban 2

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih