SEREMBAN - Bekas Pengetua Cemerlang sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George Kelima, Samsudin Hamidan dipilih sebagai Tokoh Guru Negeri Sembilan 2019, sempena Sambutan Hari Guru Peingkat Negeri Sembilan 2019 di sini, semalam.

Beliau yang bersara pada Mac 2007 menerima wang tunai RM6,500, plak dan sijil yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Turut hadir Pengarah Pendidikan negeri Datuk Pkharuddin Ghazali.

Samsudin dilahirkan di Kuala Pilah, memiliki Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) United Kingdom pada tahun 1987 dan pernah berkursus dengan NHK Jepun dan mendapat Sijil Penerbitan TV Pendidikan pada tahun 1991.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Sendayan pada Jan 1976 dan mengajar di beberapa sekolah dan juga di Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.

Di sepanjang perkhidmatan sebagai guru, beliau telah diberi tugas sebagai Pengetua Cemerlang di SMK Datuk Undang Musa Al Haj, Jelebu (April 1998-Sept 1999) dan Pengetua Cemerlang SMK King George Kelima pada Okt 1999.

Selepas bersara beliau terus memberi sumbangan khidmat bakti sebagai Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan sehingga 2010.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Jamali Salam dianugerahkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sembilan 2019.

Beliau menerima wang tunai RM6,500, plak dan sijil.

Ketika berucap pada majlis itu Aminuddin berkata tugas guru pada alaf baharu ini menjadi semakin penting kerana mereka merupakan penentu kejayaan sesebuah negara.

Katanya guru juga berhadapan cabaran besar untuk mendidik dan membimbing murid, agar menghargai nilai kemanusiaan, menghormati adat dan budaya setiap bangsa, serta memperkukuh perpaduan dan jati diri, memerlukan guru yang bijak, kreatif dan inovatif.

"Pendidikan negara kita bukan semata-mata untuk melahirkan modal insan yang berjaya memacu kemajuan negara, malah dapat melahirkan insan mulia dan menghargai nilai kemanusiaan sejagat,” katanya.- Bernama 

ARTIKEL LAIN:

'Saya harap pihak USIM timbang kemasukan anak.. keputusan SPM dia dah berubah.' - Bapa

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 - Ini teks penuh ucapan Maszlee

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan..Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini