REMBAU – Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Tanjong (SKKT) dan guru bergotong-royong menyediakan juadah bubur lambuk.

Guru Besar SKKT, Aziz Harun berkata, program berkenaan mendapat kerjasama baik dari ahli jawatankuasa PIBG dan juga guru bagi menyediakan kira-kira 150 bungkus bubur lambuk selama hampir tiga jam.

“Bubur lambuk ini kemudiannya diedarkan kepada murid, guru dan juga ahli jawatankuasa. Kita harap program ini bukan hanya akan dapat mengeratkan hubungan warga SKKT, bahkan, menyuburkan budaya infak semasa bulan Ramadan.

“Melalui program ini, ibu bapa telah bertungkus-lumus membuat persiapan bubur lambuk dan guru bergilir-gilir mengikut kesesuaian masa mengajar mereka untuk membantu menyediakan juadah,” katanya sempena Program Bubur Lambuk di SKKT, di sini, semalam.

Aziz berkata, program berkenaan amat baik untuk diteruskan pada masa akan datang dan dia berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa yang akan dapat turut serta dalam program berkenaan