REMBAU - Empat murid Sekolah Kebangsaan (SK) SK Legong Ulu 3 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min antara enam beradik yang kehilangan ibu akibat kemalangan jalan raya di Rembau pada 25 April lalu menerima bantuan tidak putus-putus hingga membuatkan ibu saudara yang menjaga mereka terkejut.

Nor Azila Sahran, 38, dia tidak sangka bantuan daripada pelbagai pihak terlalu banyak diterima sehingga terpaksa menumpang letak di rumah bapa saudara.

"Terima kasih semua. Cukup-cukuplah, barang sumbangan banyak sangat hingga sata terpaksa letak di rumah bapa saudara.

“Paling banyak sumbangan beras dan pakaian. Rumah saya ini sudah jadi macam kedai kalau kesemuanya disimpan di sini.

“Apa-apa pun saya sangat menghargainya. Cuma saya tidak mahu membazir, takut barang makanan itu rosak. Kalau pakaian terpakai itu berbeg-beg,” katanya.

Selain itu katanya, masuk minggu kedua Ramadan, keadaan anak Allahyarham makin baik, melainkan dua daripadanya alami batuk dan selesema.

Menurutnya, paling tidak disangka ada pihak yang mengadakan majlis berbuka puasa di rumahnya bagi memberi kegembiraan kepada anak Allahyarham.

“Saya tengok anak-anak arwah baik sahaja. Mereka tiada pula mengadu pada saya apa-apa, tapi tidak tahu pula kalau bercakap sesama sendiri.

“Tapi anak-anak ini seronok kerana ramai datang. Ada yang bawa mereka beli baju raya yang tidak pernah dirasai sebelum ini,” katanya.

Nur Azila berkata, meskipun sumbangan diberi untuk anak Allahyarham, namun dia berNor syukur kerana turut menerima tempias.

Allahyarham meninggalkan enam anak Muhammad Aiman Syazwan Mohd Fouzi, 12, Nor Aina Syazwani, 10; Nor Aina Syazlina,9; Nor Aina Syazlin, 7; Nor Aina Syazliyana, 5 dan Muhammad Aiman Syazrizal 18 bulan.

Artikel berkaitan:

Murid tahun enam jaga lima adik terima faedah Perkeso

'Apa yang saya rerti masak saya masak untuk lima adik' - Murid Tahun Enam terpaksa jadi ibu, ayah