Seremban - Keistimewaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Kolej Tunku Khursiah (TKC) telah menarik perhatian delegasi International Federation Library Association (IFLA) untuk berkunjung ke kolej itu.

Guru Perpustakaan dan Media, Wong Siew Chin berkata, seramai 60 anggota delegasi IFLA mengadakan lawatan kerja ke kolej itu pada 30 Ogos lalu untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman ketika berada di pusat sumber TKC.

"Mereka berpeluang menggunakan fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan selain diberi pendedahan mengenai cara pengurusan yang dilakukan pihak kolej.

"Kami cukup gembira dengan kehadiran delegasi itu.. mereka tetamu istimewa dan sebagai tuan rumah, kami akan berkongsi kejayaan PSS bersama delegasi berkenaan," katanya.

Pusat Sumber Sekolah TKC dicadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai destinasi lawatan perpustaan IFLA kerana konsep PSS alaf baharu dan ia menyokong Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21).

Menurut Siew Chin,  pusat sumber tersebut pernah menerima Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat Negeri Sembilan dan peringkat Kebangsaan.

Tidak hairanlah TKC berjaya melahirkan ramai Tokoh Nilam di peringkat negeri dan kebangsaan sejak 2004.

Justeru, Siew Chin berharap lawatan itu dapat mendedahkan keistimewaan Pusat Sumber Sekolah TKC dan jenis perkhidmatan yang disediakan untuk dijadikan penanda aras kepada semua delegasi IFLA.

Selain itu, beliau berharap dapat menjalinkan hubungan baik dengan pustakawan dari luar negara dan memberi peluang kepada guru PSS TKC untuk turut serta ke IFLA WLIC akan datang.

Sementara itu, seramai 3,500 delegrasi menyertai International Federation of Library and World Library and Information Congress (IFLA WLIC).

Daripada jumlah tersebut, 60 delegasi melawat PSS TKC.

 

Anggota delegasi IFLA tekun mendengat taklimat daripada wakil TKC.

 

Reaksi anggota delegasi IFLA ketika berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah TKC.

 

 

Seorang pelajar membantu seorang anggota delegasi IFLA ketika tiba di TKC.