BAHAU - Bagi menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina, Pasukan Siber Wechat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chi Wen di sini telah menghasilkan satu video klip istimewa.

Pengetuanya, Cheok Meng Teck berkata, klip video itu bertujuan memeriahkan suasana Tahun Baru Cina, menjalin hubungan mesra antara warga sekolah yang pelbagai kaum dengan masyarakat setempat juga luar melalui aplikasi Wechat.

Pengetuanya, Cheok Meng Teck berkata, warga sekolah telah memberi kerjasama yang baik dan sokongan padu kepada pasukan tersebut.

Salah seorang guru Melayu, Nur Amira berasa terharu melihat betapa harmoninya hubungan antara guru-guru di sekolah walaupun berlainan agama dan bangsa.

"Keharmonian ini wujud kerana guru-guru di sekolah ini menyedari peri pentingnya untuk saling menghormati dan dan memahami.

"Secara tidak langsung menjadi contoh tauladan untuk pelajar untuk hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum," katanya.

Pelajar tingkatan lima selaku Ketua Pasukan Siber sekolah itu, Tang Rui Cong berkata, video klip Tahun Baru Cina berdurasi 27 minit 4 saat itu membabitkan pelakon terdiri daripada tukang cuci, kakitangan pejabat sekolah, semua guru, semua pelajar, pegawai keselamatan sekolah, ahli PIBG sekolah, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, pengetua, penolong kanan, pengurus kantin serta pembantu makmal.

"Usaha ini kami pertama dibuat dan kami menjalani rakaman dua minggu termasuk kerja suntingan. Kami juga dibantu bekas pelajar, saudara Pok Wei Han yang mahir menghasilkan video.

'Pelajar-pelajar juga memberi komitmen penuh dan kerjasama yang baik apabila sanggup berada di sekolah sehingga jam 6 petang," ujarnya.

Sekolah ini mempunyai 21 guru Melayu, 24 guru Cina dan tiga guru India.

 

Pelajar melayu menulis kaligrafi dengan guru.

PIBG turut terlibat dalam klip video sempena Tahun Baharu Cina.

Wei Han membantu mengedit video yang dihasilkan pelajar.

Meng Teck

Salah satu scene dalam klip video Tahun Baharu Cina.

Pelajar mempersembahkan tarian singa.

Antara pelajar yang terlibat.