NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan berbentuk makanan (Ready-to-Eat) melalui Program Inspirasi Musaadah Covid-19 oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang bernilai RM20,531.

Sumbangan berbentuk makanan itu telah diagihkan kepada 419 siswa B40 dalam kalangan mahasiswa Tamhidi USIM, baru-baru ini.

Menurut wakil YaPEIM, Mohd Rohaizad Ahmad, sumbangan itu bertujuan membantu siswa siswi yang terkandas di kampus yang lalu.

“Untuk Program Inspirasi Musaadah Covid-19 ini sebenarnya mempunyai dua bentuk program iaitu Dry Food dan Ready-to-Eat. Namun, untuk USIM, pelajar diberikan sumbangan berbentuk makanan (Ready-to-Eat),” katanya.  

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, beliau berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak YaPEIM dan ini sedikit sebanyak dapat menampung kos perbelanjaan siswa Tamhidi USIM melalui bekalan makanan percuma.

“Saya mengharapkan agar sinergi bersama YaPEIM melalui Program Food Bank ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Dan seterusnya siswa siswi USIM ini berpeluang bekerjasama dengan YaPEIM untuk program-program kebajikan dan kesukarelawanan bersama mereka kelak,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Nurlynn Jannatul Asyharin Hamid Jan, siswa Tamhidi Syariah dan Undang-Undang berkata, dengan pemberian makanan tersebut, sedikit sebanyak dapat menjimatkan duit perbelanjaan harian.

“Terima kasih kepada YaPEIM. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.   

Pengagihan makanan yang diadakan di Kolej Kediaman Nilam Court itu diturut dihadiri Pengarah Pusat Tamhidi, Alifah Hamid, barisan guru bahasa Pusat Tamhidi dan pengurusan asrama serta felo kolej kediaman.

Artikel menarik

Rahsia skor A subjek Prinsip Akaun cara Cikgu Wawa, konsep faham bukan hafal

Risau anak jadi 'introvert' kerana belajar secara online, ibu bapa kena peka isu ini