LIDI sate tanpa isi, tapi penuh makna tersirat. Cikgu Azhan yang mengajar subjek bahasa Inggeris itu, masih lagi menyimpan lidi pemberian 'Yaya' sebagai kegunaan alat mengaji, sekaligus dapat mengingat kepada yang telah tiada.

Artikel ini pernah dikongsikan oleh GPS Bestari, dan mendapat banyak komen dan pandangan positif daripada orang ramai.

Cikgu Azhan Kanipan ketika ditanya GPS Bestari, Selepas sahaja habis praktikum beliau tidak lagi berhubung dengan murid itu.

"Tetapi saya selalu teringat dia apabila guna lidi itu waktu mengaji, tambahan pula biasa orang kampung atau orang melayu memang akan gunakan lidi sebagai alat kegunaan mengaji"

Azhan berpesan kepada murid yang dikenali sebagai Yaya, "Untuk Yaya, I just want her to know, walaupun sudah lama tidak berhubung, tapi kenangan dan pemberian lidi itu tetap ada bersama saya, Terima Kasih. Saya harap dan doakan dia supaya kuat dan menjadi insan yang baik juga sentiasa berbakti and make her (late) parents proud of her" INSYAALLAH!.

Artikel bertajuk 'Cikgu ini sebak terima sebatang lidi sate pemberian anak murid, rupa-rupanya...'

Majoriti semua netizen menunjukkan komen yang sedih dan memberi kata-kata positif.

Artikel lain:

Cikgu ini sebak terima sebatang lidi sate pemberian anak murid, rupa-rupanya...

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Antara teknik pembelajaran abad-21, perkongsian guru cemerlang

Idea Sains, cikgu ini kongsi cara hasilkan 'Bubble Giant'