PELABUHAN KLANG – Tular di laman sosial foto dua beradik berbaju sekolah menyelongkar tempat pembuangan sampah di sekitar Pasar Pelabuhan Klang, pagi semalam.

Gambar dimuat naik pengendali Facebook, Megat Shaifulreza Shukor itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menurut Megat Shaifulreza, dia memuat naik foto berkenaan bukanlah untuk mendapat perhatian daripada netizan, sebaliknya niatnya cuma ingin membantu.

“Posting itu sebenarnya dari jiran, kemudian saya muat turun di Facebook saya. Tak sangka ramai yang peka dengan perkara ini.

“Memang tak ada niat lain, Cuma saya harap dengan cara ini ada yang sudi membantu kanak-kanak terbabit.

“Saya juga berharap kisah ini akan jadi iktibar untuk kita semua,” katanya.

Katanya, selepas memuat turun foto berkenaan, dia menerima banyak maklum balas daripada netizen yang mahu mendapatkan maklumat mengenai dua beradik itu.

“Alhamdulillah, semua sangat prihatin dan ramai bertanya untuk salurkan bantuan kepada kanak-kanak terbaik.

“Tiada apa yang lebih bahagia daripada kita memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, pengendali Facebook, Hazril Acik berkata, dia tersentuh melihat gambar berkenaan.

“Nasib kita, nasib anak-anak kita masa akan datang belum tentu lagi baik macam kita sebelum ini... Ya Allah, permudahkanlah urusan keluarga anak ni.. Limpahkan kejayaan hidup,

rezeki dan permudahkan segala urusannya...amin...,” katanya.

Pengendali Facebook, Cikda Sudin berkata, masih ramai yang hidup susah di negara ini.

“Kesian adik-adik ni, masih ramai lagi yang susah dalam Malaysia. Lebih susah dari kita. Semoga Allah melimpahi rezeki dengan berkat kesabaran keluarga dan kesungguhan adik

mencari duit. Semoga dalam lindunganNya…aamiin,” katanya.
 

ARTIKEL BERKENAAN: Dua beradik selongkar tong sampah sebelum ke sekolah?

ARTIKEL BERKENAAN: 'Gaji tak cukup.. terpaksa cari barang lusuh untuk dijual' - ini cerita sebenar kisah dua beradik