KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon agar syarikat pembekal internet lebih prihatin dalam memberi liputan akses internet percuma kepada guru dan murid.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini berkata, ia bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian diwujudkan dengan lebih baik dan boleh dimanfaat oleh semua pelajar khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, beliau menghargai usaha syarikat telekomunikasi tempatan yang mengambil inisiatif menawarkan data percuma satu gigabyte (gb) setiap hari sepanjang tempoh PKP ini, namun ia hanya boleh digunakan antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Dalam pada itu, Tan berkata Kementerian Pendidikan juga telah menyediakan garis panduan untuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan khususnya murid bagi menjalankan pembelajaran dalam talian untuk tempoh ini agar pelajar dapat meneruskan pembelajaran di rumah. - Bernama

Artikel berkaitan:

11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid Tahap Dua kuasai

Bina animasi guna aplikasi FlipaClip. Perkongsian menarik Cikgu Fazli BioSensei

Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video

Hafal dalam masa sehari sepanjang rtempoh PKP,  murid pasti mahir sifir 1 hingga 12

Praktis rutin asas pendidikan digital