Sekolah Kluster kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (JHEO) Pekan, Pahang anjur program Penyerahan Bantuan Pakaian Uniform Sekolah kepada Murid Empower ECER (Tahun 6) yang bakal memasuki Tingkatan Satu, hari ini.

Menurut Guru Besarnya, Muhamadiah Iskandar Mohamed berkata, program anjuran Eeast Cost Economic Region Development Council (ECER) dan Universiti Malaysia Pahang itu melibatkan 16 orang murid Tahun Enam dari Kampung Gumum Tasik Cini, Pahang.

“Setiap seorang menerima sumbangan berbentuk pakaian sekolah menengah dan juga beg.

 “Ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga bagi menyediakan kelengkapan sekolah, selain murid akan rasa lebih bersemangat dan bersedia untuk ke sekolah menengah,,” katanya.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Timbalan PPD Pekan, Mustafa Omar. Turut sama hadir Guru Besar SK Tasik Cini, Muhamadiah Iskandar Mohamed, wakil ECER Muhammad Syamsul Izzat Wahab dan wakil Universiti Malaysia Pahang, Siti Nasuha Kadir.