Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, Kuantan, Elysh Qistina Mohd Zaki merupakan murid yang cukup meminati bidang penulisan.

Setiap kali ada masa terluang, dia pasti akan mengisi masa dengan menulis apa sahaja perkara yang berlaku di sekeliling.

Dek sikapnya yang suka menulis itu, anak sulung daripada dua adik beradik akhirnya berjaya menghasilkan dan seterusnya menerbitkan novel sulungnya berjudul Dahlia di Hatiku sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, baru-baru ini.

"Ketika PKP 2.0, saya memang sibuk dengan kelas online dan kerja sekolah yang dibekalkan oleh cikgu-cikgu. Cuma, bila ada sedikit masa, saya akan menulis novel kerana itu adalah minat saya," katanya yang mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan novel tersebut.

Dalam pada itu, Elysh Qistina kini dalam proses menghasilkan satu lagi karya yang bertajuk Lukisan Ariesya bergenre mistik.

Karya tersebut dijangka akan berada di pasaran seawal bulan Jun 2021.

"Saya sangat suka menulis cerita. Jika tidak menulis, saya rasa hidup tak lengkap dan sempurna.

"Besar harapan agar hasil karya ini dapat memberi sumber inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk turut berkarya melalui penulisan kreatif.

"Saya juga berharap agar impian menjadi penulis yang terkenal suatu hari nanti akan terlaksana," ujarnya.

Artikel menarik

MPKK UniMAP anjur misi Food Bank bantu siswa terjejas kerana Covid-19

Guna tip ini untuk pastikan emosi murid-murid sentiasa gembira dan positif