KUANTAN - Tular seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pelindung yang dalam perjalanan pulang ke rumah didatangi suspek bermotosikal dipercayai cuba menculik mangsa ini Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya  tidak menerima sebarang maklumat mengenai kejadian culik di sekitar Lorong Pelindung Damai seperti tular di aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.

"Berita tular itu tidak benar memandangkan tiada laporan mengenai kes culik yang diterima.

"Tindakan menyebar mesej palsu boleh menimbulkan rasa gusar dan mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Menurut beliau, setakat ini tiada laporan polis diterima dan sekiranya kejadian ini betul, beliau nasihatkan segera membuat laporan polis.

“Ia bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak dan mengambil tindakan segera,” katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebar berita palsu kerana ia menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

“Kita nasihatkan supaya orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang berita serta pastikan dahulu kesahihannya,” katanya.

Baca:

'Jaga hubungan dengan ALLAH dan manusia' - Muhammad Irham pelajar huffaz terbaik Selangor

Dua murid Tahun Empat disengat tebuan

Jom beramai-ramai meriahkan Karnival Keusahawan SMK Seri Keramat - Penampilan khas Projector Band

SMK Tinggi Kajang juara Piala Datuk Mokhtar Dahari 2019

Keluarga murid terjatuh lantai bas sekolah cadang saman pihak bertanggungjawab