Pada 25 hingga 26 Mac 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang telah mengadakan Kem pemantapan Kerohanian untuk murid tahun enam sekolah ini. Kem berlangsung di Cempaka Beach Resort, Kuantan.
En. Mohd Rodzmi sedang menyampaikan taklimat berkaitan muhasabah diri
Objektif kem ini adalah untuk meningkatkan penghayatan murid terhadap syariat Islam, menimbulkan kesedaran murid untuk melaksanakan ibadah, membentuk akhlak dan peribadi mulia murid, melahirkan murid yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dan warga sekolah.
Murid sedang menikmati sarapan
Aktiviti dijalankan dengan penuh teratur mengikut tentatif yang disediakan. Semua murid tahun enam sekolah ini didedahkan dengan aktiviti kerohanian dan terdapat beberapa aktiviti riadah seperti senaman pagi dan sukan.
Para perserta kem sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Azrul Hisyam
Dalam program ini, aktiviti lebih menjurus kepada konsep ketuhanan yang mana murid diberi taklimat mengenai keagamaan dan penerapan nilai-nilai Islam di dalam diri mereka.
Peserta kem bersiap untuk tidur
Kem ini adalah anjuran Pendidika Islam, PIBG, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
Aktiviti Riadah di Kem
Kerja didalam kumpulan
Peserta Kem pulang menaiki bas
Aktiviti didalam kumpulan dijalankan