KUANTAN - Tiga beranak rentung dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Sungai Isap 2 di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anak lelakinya, Muhammad Haikal Hakimi Hairul, 11, serta Mohamad Adam Daniel, 7, ditemui terbunuh.

Mangsa ditemui rentung di bilik belakang rumah manakala  dua anaknya maut di bilik berasingan. 

Tiga mangsa parah termasuk suami mangsa, Hairul Khalid, 38, adik mangsa, Syed Azman Kassim, 25, dan isterinya Norazilah Abdullah, 24.

Adik ipar Syed Azman, Nor Syawalina Abdullah, 19,  cedera dan anaknya Mohamad Aliff Asyraff Syed Azman,  6, berjaya diselamatkan oleh jiran.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan  Penyelamat Pahang, Mohd  Sani Harul berkata, dua jentera bersama 17 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi dua rumah  mengalami kebakaran 80 peratus. 

“Kebakaran berjaya  dikawal kira-kira 20 minit kemudian.

“Tiga mangsa didapati maut akibat terperangkap,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran bermula di bahagian tengah iaitu rumah mangsa yang terbunuh. 

“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. 

INFO

Maut:
1. Sharifah Azlina Syed Kassim, 37

2. Muhamad Haikal Hakimi Hairol, 11

3. Muhamad Adam Daniel, 7

Parah:

1. Hairol Khalid, 38

2. Syed Azman Syed Kassim, 25

3. Norazilah Abdullah, 23

Cedera:

1. Nor Syawalina Abdullah, 19

Selamat:

1. Muhammad Alif Asyraf, 6 ( Anak pasangan Syed Azman dan Norazilah)

Artikel Menarik:

Guru SK Taman Cuepacs cipta kelainan, kumpul token dapat hadiah

'Arwah ibu mahu saya jadi contoh pada adik-adik' - Calon PT3 semangat belajar walaupun berbaring

'Pengetua gendong pelajar sakit ke klinik kesihatan' - Cara Cikgu Yok Huck buat ramai netizen sebak