RAUB - Seramai 18 murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Talam telah mengikuti Program Transisi yang bermula 20 Januari hingga 26 Mac yang lalu.

Program Transisi yang diadakan secara dalam talian (ketika PKP) dan juga secara bersemuka itu berjalan lancar dengan penglibatan semua pihak yang terlibat.  

Begitu juga dengan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu yang diadakan 26 Mac lalu. Semuanya berlangsung dalam norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Penyelaras Program, Cikgu Norhayati Abdul Wahab berkata, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang berlangsungnya majlis penutupan itu.

"Antaranya, ucapan wakil Penolong pegawai USTP, Pejabat Pendidikan Daerah Raub, Zainal Jamaluddin; tayangan multimedia (rakaman awal persembahan murid Tahun Satu - Dengarkan Cerita Saya di studio hijau sekolah menggunakan teknik green screen) dan penyampaian hadiah.

"Guru Besar, Yuhana Mihat turut tidak ketinggalan menyampaikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutup Program Transisi Tahun Satu," katanya dengan menambah, Program Transisi itu adalah anjuran bersama Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Multimedia & Teknikal Pusat Sumber Sekolah SK Batu Talam

Program penutupan yang dibuat secara langsung itu turut disaksikan oleh ibu bapa dan murid Tahun Satu menerusi pautan https://youtu.be/VcPH1G_dNyU yang dikongsikan dalam group whatsapp kelas Tahun Satu.   

Murid-murid yang turut serta menyaksikan program itu sangat teruja apabila slot tayangan multimedia dipertontonkan pada mereka. Ini kerana, murid-murid ini dapat melihat persembahan diri masing-masing menerusi pautan tersebut.

Sementara itu, Anugerah Murid Terbaik Program Transisi Tahun Satu 2021 diberikan kepada Muhammad Rayyan Harith Mohamad Safie dan Aisyah Mohamed Firdauz.

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini sehingga selesai. Besar harapan saya agar aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun berikutnya untuk mengembangkan lagi potensi diri anak-anak," kata Cikgu Yuhana selepas berakhirnya penyampaian sijil dan hadiah kepada semua murid Tahun Satu. 

Artikel menarik

Tip yang perlu guru buat dan elak dalam bab penampilan, ini senarainya!

Sebelum lepaskan anak-anak ke asrama penuh, ini 8 tip yang perlu mak ayah buat. Mohon hadam