SHAH ALAM- Pasukan Paintball Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 berjaya membawa pulang kedudukan 10 terbaik dunia, bagi kategori bawah enam belas tahun (U16), di Kejohanan Paintball Dunia 2019.


Pasukan Paintball U19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), Selasa lepas.

Jurulatih Pasukan Paintball Malaysia, Cikgu Ahmad Roslan berkata, Kontinjen selamat tiba Malaysia pada Selasa, jam 11 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dapat diketahui keputusan keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan keenam terbaik dunia bagi kategori pertama iaitu kumpulan umur bawah enam belas tahun (U16), manakala kategori kedua bawah sembilan belas (U19), pasukan mendapat kedudukan kedua belas daripada 26 buah negara bertanding.

"Bersyukur atas pencapaian ini walaupun tidak dinobatkan sebagai juara, tetapi pemain telah bertungkus lumus buat yang terbaik semasa perlawanan, saya turut berbangga,"Katanya.

Menurutnya, pasukan paintball ada berhadapan kesukaran sepanjang perlawanan berlangsung.

“Antaranya faktor cuaca sangat sejuk, tangan pemain-pemain semua membeku akibat suhu mencecah bawah 6 darjah selsius, tambahan pula waktu itu musim hujan dan berlumpur, apa yang saya lihat pemain-pemain sukar mengawal pergerakan mereka, saya rasa ini merupakan penyebab dimana mereka tidak dapat membuat pencapaian lebih jauh. Jelasnya.


Padang perlawanan dilihat basah dan berlumpur.

“Walau bagaimanapun Alhamdulillah, kami rasa bersyukur kerana diberi peluang yang besar dapat mewakili negara, dan redha akan ketentuan ini, kerana semuanya telah pun diusaha sebaik mungkin, tetapi kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.

INFO:

Keputusan Keseluruhan Kejohanan Paintball Dunia 2019

 

Kategori Bawah 19 tahun(U19):

  • Russia vs Malaysia (kalah 4-1)
  • Malaysia vs Poland  (Menang 3-2)
  • Malaysia vs Moldova (Menang 3-1)
  • Sweden vs Malaysia (kalah 2-1)

Kategori Bawah 16 tahun( U16):

  • Malaysia vs Poland (Menang 2-1)
  • Malaysia vs Itali (Menang 2-1)
  • Malaysia vs Latvia (Menang 2-1)
  • Afrika Selatan vs Malaysia(Kalah 2-0)

SUKU AKHIR

  • Perlawanan: Pertama
  • Malaysia vs Sweden ( Menang 2-1)
  • Perlawanan: Kedua
  • Perancis vs Malaysia ( kalah 2-1)

Artikel berkaitan:

Berlatih empat hari tiap minggu - Pasukan paintball SMK Seksyen 18 nekad buru juara dunia

Paintball U19 nekad buru juara dunia di Amsterdam. SEMOGA BERJAYA!

'Semoga berjaya harumkan nama negara di persada dunia' - Kata-kata Maszlee bakar semangat Paintball