SHAH ALAM - Pasukan Paintball U19 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 nekad buru juara dunia pada  Kejohanan Paintball Dunia 2019 di Amsterdam, Belanda yang akan berlangsung Sabtu ini hingga 29 September.

Pasukan itu akan berangkat ke Dubai pada keesokan harinya sebelum bertolak ke negara di bawah aras laut itu.

Jurulatih Persekutuan Paintball Malaysia, Azam Abdul Rahman berkata, beliau merancang pelbagai strategi untuk menumpaskan lawan selain mengkaji secara terperinci video-video pasukan lawan bagaimana langkah mereka apabila bertemu pasukan lawan.

"Saya kaji video pasukan lawan supaya kita boleh faham langkah mereka agar prestasi Paintball U19 kali ini cekap dan tahu bagaimana mengatur strategi permainan hebat," katanya.

Menurutnya, walaupun ramai ahli pasukan Paintball U19 terdiri daripada calon SPM, beliau harap pemain dapat memberikan fokus ketika perlawanan nanti dan mereka bijak membahagikan masa.

Sementara itu, Pengetua, Ahmad Kamal Idris berkata beliau turut bangga dan menaruh harapan tinggi kepada pasukan Paintball U19 agar dapat membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.

“Sebagai pemimpin sekolah sudah pasti saya mempunyai visi dan wayang minda, saya pernah membayangkan anak-anak didik supaya berada di persada antarabangsa seperti ini.

Alhamdulillah semuanya nyata, bak pepatah, kalau boleh melontar sesuatu biarlah sampai ke bintang,” katanya. Beliau ditemui ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Paintball U19 di SMK Seksyen 18, pada 19 September lalu.

Majlis tersebut dirasmikan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Dr Mahanom Mat Sam. Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNS, Abdul Aziz Abd Jalil, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Jaya, Abdul Ghaffar Bakar serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Datuk Mohd Haizilan Alias.

Artikel Menarik:

Sedapnya suara, syair Cikgu Azizah raih lebih 400 ribu tontonan

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Canteknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Cikgu K A Razhiyah terima Anugerah Puteri Maha Chakri 2019