KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan pertandingan tarian yang menampilkan peserta berpakaian mencolok mata bukan program anjuran bersama kementerian tetapi dianjurkan oleh Malaysia United Dancesport Association (MUDA).

KPM dalam satu kenyataan semalam, berkata, pihak kementerian hanya membenarkan penyertaan murid dalam kategori murid sekolah.

Menurut kenyataan tersebut, penyertaan mereka tertakluk kepada peruntukan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil8/2009 dan Bil. 7/1988.

“Dalam surat kelulusan kepada MUDA, KPM telah menggariskan tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi oleh murid yang menyertai pertandingan.

“Kebenaran penggunaan logo KPM hanya melibatkan kategori murid sekolah dan sijil penyertaan bagi kategori berkenaan,” katanya.

Artikel berkaitan: iGuru sokong ketegasan KPM isu guna logo pada pertandingan tarian

KPM turut menegaskan, penggunaan logo KPM pada sijil bagi kategori- kategori lain tidak mendapat kebenaran pihak kementerian termasuklah penggunaan logo KPM pada kain rentang dan tirai latar semasa pertandingan.

"Pihak kementerian telah menghubungi penganjur bagi memaklumkan kekecewaan mengenai ketidakpatuhan syarat yang telah ditetapkan.

“Kami memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan tindakan mana-mana pihak yang gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan atau menyalahgunakan nama dan logo kementerian, sekali gus memburukkan imej kementerian,” katanya.

Pada 30 Jun lalu, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan media memohon maaf atas kecuaian pihaknya menggunakan logo KPM pada kategori dewasa yang menjadi tular di media sosial sejak kelmarin, tanpa memperoleh kebenaran KPM.

“KPM tidak lagi akan terlibat dalam apa juga program dianjurkan oleh MUDA,” menurut kenyataan tersebut.

Baca:

SK KLIA berubah wajah dalam sembilan jam setelah 'dikerjakan' penuntut Universiti Xiamen

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin 6 teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

SK Bakong raih keuntungan RM15,000 setahun - Tukar kantin sekolah jadi bangsal cendawan

Dua pelajar yang berubah keputusan SPM selepas semakan semula daftar masuk ke USIM hari ini

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan