SEDIKIT perkongsian dari rakan guru berkaitan panduan mengemas meja guru.

Hah, kenapa? Cikgu dah tak pandai kemas meja sendiri ke?

Bukan begitu, panduan ini adakah untuk kita dapatkan idea atau sebagai tip supaya meja kita lebih kemas dan tersusun.

Panduannya adalah seperti berikut:

1) Fail-fail susun di bawah meja, sediakan rak/ kotak.

2) Buku-buku rujukan/ modul-modul boleh disusun di belakang / tepi tempat duduk. Sediakan rak / kotak supaya lebih teratur. Boleh juga ikat dan asingkan mengikut kelas.

3) Kertas-kertas sila asingkan dan wujudkan fail sendiri seperti bahagian kurikulum, hem & koko.

4) Buang bahan-bahan yang sudah tidak digunakan. Jika jarang digunakan tetapi masih perlu disimpan, boleh simpan sahaja di rumah. Bawa semula ke sekolah jika ingin digunakan.

5) Semak buku latihan pelajar mengikut jadual. Habis sahaja semak satu kelas, kembalikan semula kepada pelajar. Jadi, meja guru tidak bertimbun dengan buku-buku.

6) Jika perlu, alas meja dengan warna kegemaran cikgu.

7) Pastikan atas meja hanya ada barang yang perlu sahaja. Jadi, cikgu ada ruang untuk buat kerja. Pastikan juga atas meja tiada rak / fail-fail yang boleh mengganggu penglihatan sehingga rakan-rakan tak boleh nampak muka cikgu.

Semoga bermanfaat.

(AJK bilik guru)

Sumber: Pendidik 2u

Artikel Menarik:

Cikgu Lijah buka rahsia..rupa-rupanya ini sebab meja cikgu SK Manjoi 2 merah menyala

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Cepat mengantuk ketika mula baca buku - Pakar motivasi kongsi lima faktor yang buat ramai setuju

Seronok bertugas di pedalaman, cikgu comel ini tak kisah disengat kala jengking