TEMERLOH - Lucu melihat gelagat Ustaz Ibrahim membimbing jemaah 'haji' yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Damar membuatkan ramai klik video ini berulang kali.

Cara penyampaian yang kelakar, sesekali beliau mengajuk cara pelajar melontar membuatkan pelajar ketawa terbahak-bahak.

Kalau  dapat  ustaz macam ni, mesti hari-hari tak sabar nak tunggu beliau masuk kelas.. betul tak?

Program Lambaian Kaabah yang dianjurkan memudahkan pelajar memahami apa yabng dipelajari dalam kelas mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat.

Penyelaras program, Ustazah Noriah Busu Rerah yang juga guru Pendidikan Islam sekolah itu berkata, seramai 69 pelajar Tingkatan Empat terbabit dalam program tersebut.

"Program Lambaian Kaabah sebenarnya diadakan setiap tahun bagi memberi latihan amali cara mengerjakan haji.. dianjurkan Panitia Pendidikan Islam dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) serta Bina Insan," katanya.

Pelajar Tingkatan Empat, Mohd Fauzi Daniel Yahya membuat demo cara memakai ihram dengan dibimbing Guru Kemahiran Hidup, Sadli Saad.

Guru Pendidikan Islam, Ibrahim Yaacob dipilih sebagai mutawif bagi program tersebut manakala segala replika untuk mengerjakan haji diuruskan guru Pendidikan Jasmani yang juga guru Pemimpin dan Jurulatih Kadet Remaja Sekolah (KRS) perigkat negeri, Nor Amizi Ahmad.

 

 

Ustazah Noriah yang juga Setiausaha 2 Bina Insan sekolah itu berkata, kos untuk membina replika haji kesemua lebih kurang RM1,000 dan peruntukan diperoleh daripada Panitia Pendidikan Islam sekolah.

"Kain untuk menutup kaabah saya jahit sendiri dan menariknya replika yang direka Cikgu Nor Amizi ini berkonsepkan pasang siap, maknanya selepas digunakan ia boleh ditutup dan disimpan dalam stor untuk kegunaan kemudian hari," katanya.

Suhaimi

Sementara itu, Pengetua, Suhaimi Khalib berkata, program berkenaan mampu meningkatkan mutu pengetahuan,keinginan dan keazaman dalam diri pelajar untuk sama- sama menghayati kehendak rukun Islam yang kelima.

"Program sebegini turut memberi motivasi kepada pelajar supaya membina nawaitu untuk mengerjakan haji di Tanah Suci Makkah dan menyebarkan ilmu berkaitan haji kepada kawan masih belum jelas," katanya.

Pelajar membantu memasang Kaabah.

Guru sedang memasang Kaabah.

Ustazah Noriah menampal pintu Kaabah dengan dibantu seorang pelajar.

Beginilah bentuk Kaabah yang siap dipasang hasil inovasi Cikgu Nor Amizi.

Cikgu Sadli menunjukkan cara memakai ihram.

Sementara itu, Pengetua, Suhaimi Khalib berkata, program itu mampu memberi input yang berguna kepada pelajar berkaitan ibadah haji yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim.

"Program ini memberi penekanan terhadap praktikal ibadah haji seperti melontar, tawaf, saei dan keinginan lain dalam diri pelajar untuk mengerjakan haji suatu hari nanti," katanya.

Kata beliau, selain itu, program Lambaikan Kaabah berkesan dalam meningkatkan mutu pengetahuan, keinginan dan keazaman dalam diri pelajar untuk sama-sama menghayati kehendak rukun Islam yang kelima itu.

"Program ini akan diteruskan untuk tahun berikutanya kerana ia mampu memberi motivasi kepada pelajar supaya membina nawaitu untuk mengerjakan haji di Tanah Suci Makkah dan
menyebarkan ilmu berkaitan haji kepada pelajar yang masih belum jelas tentangnya," katanya.

Guru  Reka Bentuk Teknologi (RBT), Wan Yuzairilasraf Wan Ibrahim (kanan) dan Ustaz Ibrahim menunjukkan cara memakai ihram kepada seorang pelajar dengan diperhatikan pelajar
lain.

Cikgu Wan Yuzairilasraf membetulkan ihram seorang pelajar.

Pelajar perempuan sedang mendengar taklimat yang diberikan Ustaz Ibrahim selaku mutawif.

 Ustaz Ibrahim memberi penerangan kepada pelajar yang akan mengerjakan 'tawaf'.

Pelajar yang siap berihram tidak sabar untuk mengerjakan 'haji'.

Peserta Lambaian Kaabah melakukan tawaf dengan mengelilingi replika Kaabah.

 Mohd Azizi Mohd Isa, Azmat Himi Rasli (tengah) dan Mohd Reza Darwish Rizalman siap berpakaian ihram untuk mengerjakan ibadah 'haji'.

Ustazah Noriah (tengah) bersama pelajar Tingkatan Empat yang menyertai Program Lambaian Kaabah, Musyirah Mat Zain (kiri) dan Amiera Natasha Ahmad Radzawi.

Ustaz Ibrahim selaku mutawif memberi tunjuk ajar cara melontar jamrah.

Pelajar ini gembira dapat melaksanakan ibadah 'haji' dengan sempurna.

Ustazah Noriah bersama Ustazah Nilhusna Abd Kader Jelani bergambar di hadapan Kaabah.

Baca:

'Ini sedang kita usahakan. Kita nak pastikan penguatkuasaan itu berlaku di semua penjuru' - Maszlee

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

11 tip 'awesome' hadapi peperiksaan - Sangat berguna untuk calon yang akan duduki UPSR esok

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains Cikgu Zazolnizam