SERAMAI 50 pelajar dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT Kuala Terengganu, Terengganu terpilih untuk turut serta dalam Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) COOP–ISTAC Kebangsaan 2020 yang diadakan di sekolah itu pada 27 Februari lalu.

Setiausaha Koperasi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, Cikgu Herdawati Muda berkata, program anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan bidang pelancongan dan pendidikan COOP–ISTAC.

"Sebagai tuan rumah, kami menerima 80 guru dari seluruh negara yang mengadakan pertemuan semula di sekolah ini," katanya.

Peserta terdiri daripada pengetua, penolong kanan kokurikulum dan setiusaha koperasi sekolah yang antaranya dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Johor dan SMK Puteri Sa'adong, Kota Bharu, kelantan.

“Pada program ini seramai 35 pelajar Tingkatan Empat SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bertindak sebagai hos yang mana sekolah ini pernah dinobatkan Sekolah Hos Terbaik Terengganu selama 4 tahun berturut-turut.

"Sebagai hos mereka ditugaskan untuk memberi penerangan mengenai modul Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) yang diperkenalkan oleh Angkasa," katanya.

Guru PKS dan Inovasi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, Arif Fadli Muhd Salleh berkata, penganjuran program PKS di sekolah itu merupakan lokasi terakhir bagi peserta terbabit.

“Sebelum ini, mereka telah berkampung selama dua hari di Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu kemudian, barulah mereka ke sekolah kami dan mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan,” ujarnya.

Program PKS COOP–ISTAC Kebangsaan 2020 dirasmikan oleh Pengerusi Angkasa Terengganu, Mohamad Yusof.

Selain peserta, Pengetua Cemerlang, Md Imran Md Nor dan guru dari SM Imtiaz YT Kuala Terengganu turut hadir bagi memeriahkan program.

Antara aktiviti yang diadakan selama tiga hari program ialah lawatan ke Pasar Payang, Masjid Kristal, solat di Masjid Terapung, menaiki Titi River Cruise menyusuri Sungai Terengganu dan jambatan gantung.

 Antara pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang menyertai Program PKS COOP–ISTAC Kebangsaan 2020.

Artikel menarik:

'Murid prasekolah pun faham' - Hanya bimbing di grup WhatsApp, cikgu ini hasilkan video COVID 19

Cikgu Samuel ketengahkan kemenjadian murid orang asli ke peringkat antarabangsa

'Hanya air mata mengalir...' - Cikgu Hailmi kongsi liku hidup hingga terpilih 50 Utama Guru Global

 

 

 

.