Kreatifnya cikgu ni menambat hati murid. Belajar sambil makan bukan sahaja dapat melahirkan keseronokan ketika belajar. Malah… murid juga menjadi mudah faham, apabila kreativiti ini menarik minat mereka untuk bertindak balas terhadap subjek yang diajar sehingga habis PdPc.

Menurut Guru Sains Tahun Lima, SK Seri Perling 2, Johor Bahru, Cikgu Nithiya Tiagaraja, idea ini tercetus ketika sedang mencari bahan untuk PdPc di internet.

Hasil daripada biskut, sambil belajar bolehlah makan lebihan biskut yang ada

“Saya mendapat idea untuk buat kelainan ni, setelah melihat sebuah blog Sains di internet. Saya olah sendiri, agar murid mudah faham dan seronok dalam kelas,”katanya kepada GPS Bestari.

Idea guru asal Kedah ini menggunakan biskut untuk membentuk fasa-fasa bulan dalam subjek Sains telah mendapat 1,500 tanda suka, dan 478 perkongsian setakat ini.

“Biskut oreo dibawa sendiri oleh murid, namun saya juga sediakannya jika ada yang tidak membawanya ke kelas,”katanya.

Jelas Cikgu Nithiya, teknik ini sangat membantu murid untuk memahami konsep fasa-fasa bulan. Lebih membanggakan,  murid berjaya membuat bentuk fasa-fasa bulan tanpa merujuk buku teks.

“Teknik ini sangat membantu murid, terutamanya untuk murid kelas belakang. Daripada melukis dengan cara normal, pendedahan terbaharu ini membuatkan murid lebih teruja dan dapat mencapai objektif utamanya. Paling penting mereka seronok, sambil belajar boleh makan biskut.

“Murid juga sangat seronok. Mereka sendiri yang minta saya tangkap gambar dan share di Facebook. Ia secara tidak langsung dapat menarik minat mereka dan engage dalam pelajaran sehingga habis PdPc,”katanya.

Artikel Menarik:

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

Jadikanlah kisah Lysiana contoh... demi ilmu seawal Tahun Satu sudah tinggal di asrama

Nak buat sambutan hari lahir anak di sekolah? Cikgu ini beri panduan apa ibu bapa perlu tahu

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab