Beberapa hari ini, ramai ibu bapa mula risaukan tentang pembelajaran anak-anak mereka.  Selain PdPR yang dibuat oleh guru-guru di sekolah, apakah usaha lain yang boleh dilakukan untuk anak-anak di rumah?

Kali ini  Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Taman Tan Yew Lai Kuala Lumpur, yang juga Tenaga Pengajar Utama Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI) Pusat STEM Negara, Cikgu Muhammad Rauf Fathi Hamid Latif berkongsi  modul pembelajaran Matematik sekolah rendah, yang boleh murid-murid ikuti di rumah.

Ibu bapa boleh bantu anak-anak anda kuasai  topik dan kemahiran yang disenaraikan di bawah.

Nombor dan Operasi

  1.  Membaca Nombor
  2. Menulis Nombor
  3. Cerakin Nombor Nilai Tempat
  4. Cerakin Nombor Nilai digit
  5.  Menambah
  6. Menolak
  7. Darab (Hafal sifir 2 hingga 9)
  8.  Bahagi
  9. Operasi bergabung (+,-,×,÷)

Perpuluhan

  1. Kenal Perpuluhan
  2. Tambah perpuluhan
  3. Tolak Perpuluhan
  4. Darab Perpuluhan
  5. Bahagi Perpuluhan

Wang

  1. Tambah wang
  2. Tolak wang
  3.  Darab wang
  4. Bahagi wang

Kongsi Cikgu Rauf

"Bagi topik seperti Pecahan, Peratus dan lain-lain itu, kita serahkan kepada guru-guru. Bukan apa, topik pecahan misalnya perlukan pemahaman dan pengukuhan konsep. Cukuplah kita bantu guru-guru dengan memastikan anak-anak dapat kuasai topik dan kemahiran yang telah disenaraikan tadi.

"Saya sebagai cikgu secara peribadi lega banyak, jika ada anak murid yang sudah berjaya  kuasai kemahiran tadi, begitu jugalah dengan guru-guru lain. Apapun, kita harapkan keadaan kembali seperti biasa, kasihan pada anak-anak, kasihan juga pada ibu bapa dan juga cikgu-cikgu."

Di bawah ini Cikgu Rauf berkongsi tip menerusi gambar rajah, bagaimana untuk memahami dan membina sifir dengan mudah. Mudah-mudahan ia dapat membantu murid-murid belajar di rumah.

Langkah 1


Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Langkah 8

Langkah 9

Langkah 10

Langkah 11