SUSAH hendak skor Matematik SPM? Betul ke?

Mungkin calon tiada skill untuk kuasai topik yang betul-betul kena fokus.

Apa kata hari ini kita ikuti penerangan yang sangat istimewa daripada Guru Cemerlang Matematik Tingkatan 4 dan 5, Cikgu Khairil Hafeez Sahidan dari SMA Daril Iktisam, Kedah ini berkaitan 10 tajuk yang boleh dikuasai untuk mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SPM nanti.

Cikgu Khairil Hafeez

Inshaalah. Mari kita hadam.

Untuk dapat sekurang-kuangnya Gred C Matematik SPM, calon hendaklah mencuba kuasai sekurang-kurangnya 10 tajuk ini iaitu:

1. Set

2. Ketaksamaan

3. Persamaan Serentak

4. Matriks

5. Penaakulan Matematik

6. Kebarangkalian

7. Garis & Satah dalam 3 Dimensi

8. Graf Fungsi

9. Statistik

10.Pelan & Dongakan

Dengan jumlah markah sekitar 64 markah untuk Kertas II.

Jadinya untuk mendapat sekurang-kurangnya gred C Matematik SPM, pelajar WAJIB ketahui dan kuasai dua topik penting daripada senarai 10 diatas iaitu Ketaksamaan dan Penaakulan Matematik.

Dua topik SANGAT PENTING dan dikategorikan sebagai topik yang mudah.

Markah yang diperuntukkan dalam SPM untuk dua tajuk ini ialah sekitar 9-10 markah setiap tahun dalam Kertas II.

***Jika mahu markah gred B tambah kuasai lagi dua topik iaitu Perimeter & Luas dan Isipadu Pepejal.

***Jika target gred A- pula, pelajar perlu tambah lagi satu topik iaitu Penjelmaan.

***Manakala gred A+ akan dicapai jika pelajar kuasai lagi empat tajuk lain iaitu:

1. Persamaan Kuadratik

2. Kecerunan & Luas di bawah graf

3. Garis Lurus

4. Bumi sebagai Sfera

Mari lihat video penerangan Cikgu Khairil Hafeez di bawah.

Tip menarik:

Nota Sejarah untuk calon SPM baca dan buat ulangkaji di rumah – Perkongsian Cikgu Sharifah Afida

Perkongsian kuiz online Perniagaan SPM daripada Guru Cemerlang SMK Bakar Arang

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni

Guru ini buat video cara mudah 'login' Google Classroom sebagai murid.. mohon ibu bapa bantu