KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sega, Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Jeram Besu, Raub, kelmarin diteruskan pagi semalam.

Pegawai perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, operasi bomba dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan penduduk kampung dimulakan kira-kira jam 7.40 pagi.

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan Satu SMK Sega dikhuatiri lemas semasa mahu bergambar di sungai

Beliau berkata, lima anggota dari pasukan penyelamat di air (PPDA) Balai Bomba dan penyelamat Bukit Angin Temerloh turut menyertai operasi itu.

Mangsa belum ditemui dan operasi  ditangguhkan jam 7 malam dan akan disambung semula jam 7 pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang kelmarin, mangsa dari Kampung Ulu Renggol, Raub cuba diselamatkan rakan namun gagal.

Artikel lain:

'Sini mak, Syikin kat sini, mak datanglah' - Gangguan satu suara buat Ustaz Malik dalam ketakutan

Rela diejek gemuk oleh rakan sekolah demi selamatkan nyawa bapa

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai

Calon SPM SMK Sultan Sulaiman 2 maut tercampak atas penghadang jalan

Amer pelajar Tingkatan Tiga kongsi tip cipta robot yang buat dia menang peringkat antarabangsa