MACHANG - World #QuranHour yang diadakan di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain Iyra disemarakkan dengan khatam al-Quran secara berjemaah oleh 60 pelajarnya di Kampung Bandar, dekat Pulai Chondong di sini semalam.

Bacaan 30 juzuk al-Quran tersebut melibatkan pelbagai peringkat umur ahlinya termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

Pengasasnya, Ahmad Iqbal Nasuha Mahmad Kamel berkata, program yang bermula pada jam 10 pagi tersebut turut dimeriahkan dengan tadabbur al-Quran dan tazkirah agama.

Menurutnya, program kali kedua yang dilaksanakan pusat tersebut bertujuan menyemarakkan budaya membaca al-Quran sekali gus menyokong World #QuranHour 1440H.

“Sepanjang Ramadan ini, ahli yang berkelapangan bersama-sama membaca al-Quran bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari tanpa mengira usia yang mana dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat sekitar.

“Pada awal Mei juga, kita telah mendaftar sebagai peserta Rumah Ngaji bagi sama-sama menyokong usaha memartabatkan al-Quran dalam kalangan masyarakat,” katanya semalam.

Jelasnya, pusat pengajian tersebut melibatkan kira-kira 160 ahli di dua lokasi termasuk di Kampung Pangkal Gong dalam usaha menyemarakkan budaya belajar dan membaca al-Quran dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

World #QuranHour 1140H yang diadakan serentak di 28 negara mengangkat tema Solusi Cabaran Sejagat dengan mengajak masyarakat memahami empat cabaran dunia akhir zaman dan solusi yang diibrahkan daripada surah al-Kahf.

Peserta muda, Muhammad Thaqif Ghazali, 10, berkata, dia dan rakan-rakan teruja bagi sama-sama menjayakan program World #QuranHour yang turut diadakan secara serentak di  seluruh dunia.

Katanya, masa terluang pada cuti sekolah ini dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mendalami al-Quran dengan mengikuti kelas yang dianjurkan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain Iyra.

Sekalipun menjadi peserta termuda pada program tersebut, namun ia tidak menjadi masalah bagi Muhammad Thaqif, sebaliknya dia mengakui teruja kerana berpeluang merasai pengalaman tersebut.

Artikel menarik:

Naik 'ghost train' seawal jam 6 pagi pergi sekolah... sekumpulan pelajar SMK Dabong sangat tabah

Tajau usia 500 tahun pelru dimusnahkan... Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar

Isteri peniaga air batu kental jaga 11 anak... sembilan masih bersekolah dan suami pula sakit

Gembira, sedih dan geram bila keputusan EGtukar diumumkan - Luahan guru gagal buat ramai sebak