KUANTAN - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai Felda Selancar 3 di Muadzam Shah, Rompin dekat sini, pada 7 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Zainal Omar Mahamud berkata mangsa, Mohd Saiful Amri Salahudin, 13, ditemukan hampir dua kilometer daripada lokasi akhir beliau dilihat.

"Mangsa dikatakan ke sungai itu untuk mandi bersama-sama rakan sebelum lemas pada pukul 5 petang," katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Zainal Omar berkata mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Selain polis, operasi mencari dan menyelamat juga disertai pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung. - Bernama

Artikel lain:

Lima murid Kedah sertai Kejohanan Bola Sepak MILO Champions Cup di Barcelona

'Pengetua tak marah pun. Itu yang buat kami segan nak ponteng' - Pelajar luah peribadi pengetua