SHAH ALAM - Penambahan jawatan pembantu tadbir di sekolah adalah berdasarkan kepada norma perjawatan yang telah ditetapkan dengan mengambil kira saiz sekolah dan enrolmen murid.  

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata walau bagaimanapun, KPM akan meneliti norma perjawatan dari semasa ke semasa berdasarkan Dasar Norma Perjawatan yang ditetapkan oleh Agensi Pusat.

"Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil masa urusan teras guru dalam pengajaran dan pembelajaran, serta mengurangkan keberkesanan pengajaran mereka.

"Oleh itu, Kementerian mengambil perhatian yang utama terhadap beban guru dengan meluluskan sebanyak 10 inisiatif bagi mengurangkan beban tugas guru sepertimana yang telah saya umumkan dalam sesi Amanat Tahun Baharu KPM 2019 dan Sambutan Hari Guru yang lalu.

"Peranan sebenar guru adalah untuk mendidik. Justeru, setiap perkara yang berkait dengan pendidikan dan menyumbang kepada kemenjadian murid bukanlah beban tetapi tanggungjawab dan perjuangan para guru serta jasa mereka kepada nusa dan bangsa," katanya ketika menjawab isu beban tugas guru dan cadangan tambah jawatan pembantu tadbir di sekolah yang dibangkit oleh Syed Ibrahim Syed Noh (Adun ledang, Johor).

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

KPM sentiasa beri perhatian, memastikan tenaga pengajar mencukupi

Cadangan mewujudkan perjawatan warden tetap di asrama akan dikaji

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

KPM akan terus pastikan murid mendapat bantuan dan sokongan pendidikan relevan dengan keperluan