SAAT kritikal rakyat Malaysia menghadapi ancaman virus Covid-19 melalui perintah kawalan pergerakan (PKP) semua rakyat terpaksa berada di rumah bagi mencegah jangkitan dan sekali gus menghapuskan penyakit ini.

Dalam tempoh PKP ini berkuatkuasa bagaimana pula untuk memastikan anak-anak kita terus belajar di rumah?

Apakah kaedah dan bahan yang boleh bantu mereka di rumah? Hal inilah sangat perlu kerjasama ibu bapa dan guru-guru mengusahakan sesuatu supaya masa yang ada dapat digunakan sebaik mungkin walaupun dalam masa yang singkat.

Amalan sedia ada guru-guru dengan mewujudkan kumpulan media sosial dalam aplikasi whatsapps group/telegram dan lain-lain menjadi platform permulaan bagi memulakan langkah ini.

Usaha ini menjadi lebih berimpak apabila anak-anak ini berlajar menerusi e-pembelajaran. 

Apakah e-pembelajaran? Menurut Wang dan rakan-rakan (2010) e-pembelajaran merujuk kepada penggunaan rangkaian teknologi komputer terutama menerusi internet untuk menyampaikan pengajaran dan maklumat/bahan kepada sesorang.

Manakala Victoria State Government (2017) menyatakan pembelajaran digital ialah apa-apa jenis pembelajaran yang dibimbing oleh teknologi atau tenaga pengajar/pengamal yang memberi kesan terhadap penggunaan teknologi kepada domain dan semua lapangan pembelajaran anak-anak. 

Justeru itu, bagi menjadikan anak-anak terus belajar di rumah maka guru-guru dan ibu bapa perlu bersama-sama berkomunikasi serta menyediakan peralatan teknologi ini dan berfungsi dengan baik.

Ketegasan ibu-bapa terhadap pembelajaran anak-anak sangat penting bagi memastikan pelaksanaan e-permbelajaran ini berjaya dan memberi kesan.

Ibu bapa perlu berusaha bukan sahaja dari segi peralatan dan keperluannya sahaja tetapi sokongan moral juga penting bagi anak-anak ini sentiasa bermotivasi untuk belajar.

Ibu bapa yang terlalu sibuk dan kurang memberi perhatian serta kawalan terhadap e-pembelajaran anak-anak boleh mengudang kepada gejala negatif seperti terdedah kepada laman web lucah dan sebagainya.

Guru juga penentu kejayaan e-pembelajaran murid di rumah. Dengan penyediaan e-pembelajaran yang menarik di tambah dengan elemen didik hibur mampu membuatkan anak-anak ini bertahan dan konsisten dalam pembelajaran di rumah.

Pemberian latihan atau kerja rumah yang banyak boleh menyebabkan anak-anak rasa terbeban dan kurang minat untuk belajar. 

Guru-guru perlu melengkapakan pengetahuan , kemahiran berkaitan ICT dan kandungan kurikulum agar e-pembelajaran ini selari dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh KPM.

Kolaboratif antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam menentukan kejayaan e-pembelajaran anak-anak di rumah.

Dalam situasi yang dihadapi negara ketika ini menunjukkan e-pembelajaran ini menjadi medium alternatif bagi mengisi masa terluang anak-anak dengan pembelajaran dan aktiviti yang berfaedah.

Generasi kini yang sangat terdedah dengan gajet ini mungkin memberi peluang kepada semua pihak dalam menyalurkan bahan pembelajaran dan mendidik dengan lebih baik.

Semoga dengan peristiwa bersejarah ini menjadikan anak-anak kita lebih terdidik bagi mencapai status generasi dan negara cemerlang hingga di persada dunia.

Rujukan

Wang M, Ran W, Liao J, et al. (2010) A performance-oriented approach to e-learning in the workplace. Journal of Educational Technology & Society 13(4): 167–179.

Victoria State Government (2017). Retrieved from www.education.vic.gov.au/school/teachers/sup port/Pages/elearningcurriculum.aspx

Mohd Asnorhisham Adam ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran PPD Pasir Gudang, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Pembelajaran Digital Pasir Gudang, Johor.

Artikel lain:

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain