Sudah hampir sebulan kita berada dalam PKP, pelbagai medium kita cuba. Tak kurang juga masih ramai belum mencuba pelbagai aplikasi live video conferencing. Bagi yang dah buat, adalah jadi satu cabaran untuk kita untuk memastikan platform yang digunakan dapat berjalan dengan lancar.

Bagi yang menghadapi kesukaran, Pegawai Sumber Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor, Cikgu Herryan Syah  [email protected],  atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Herry ada butirannya.

Jom kita semak adakah kita sudah buat beberapa cadangan perkara berikut.

1. Hubungi ibu bapa.

Dapatkan nombor telefon ibu bapa. Maklumkan kepada mereka apa plan kita. Ketahui kekangan dan keupayaan mereka untuk bantu murid kita dari rumah. Hakikatnya kita sudah jadi cikgu jarak jauh dan bukan guru utama mereka. Ibubapa sahaja yang boleh 'face to face' dengan anak murid kita. Jadi perlu perihatin sejauh mana mereka dapat bantu kita. Bertanya beberapa perkara:

  1. Peranti dimiliki murid atau keluarga
  2. Capaian internet di tempat mereka.
  3. Berapa kali dan waktu mereka berupaya berada bersama-sama anak untuk monitor pembelajaran anak-anak mereka. Maklumlah ibubapa pastinya sibuk menguruskan hal rumah dan mungkin menjaga anak-anak kecil.

2. Berkomunikasi dengan Murid

Tanya khabar mereka. Apa perkembangan terbaru mereka. Beri nasihat dan motivasi.

3. Tentukan beberapa pilihan medium untuk pengajaran dan pembelajaran. Contohnya:

A. Pengajaran: Guna Whatsapp / Telegram

B. Pembelajaran (Buku teks, Tonton video Youtube dan komen di Whatsapp, EdPuzzle, Kahoot dan sebagainya).

4. Beri masa

Ringkaskan tugasan kepada murid seboleh yang mungkin. Memang dalam seminggu kita ada 6 masa contohnya. Tapi, mungkin kita boleh bayangkan sepanjang minggu ini, boleh ajar 2 masa sahaja. Hal ini kerana, kita tidak berdepan dengan murid dan mungkin ada cabaran 'delayed message' / 'learning deficit' dan information. Selain itu, beri masa untuk murid belajar secara kendiri untuk mendapatkan jawapan melalui pelayaran internet, video Youtube, Wikipedia, blog dan lain-lain lagi.

5. Dapatkan ID dengan segera

Rujuk penyelaras ID Moe sekolah. Hal ini kerana banyak kelebihan menggunakan ID daripada KPM ini. Antaranya akses percuma Microsoft 365 Online, penggunaan Google Hangouts Meet dan bermacam-macam lagi.

6. Video Conferencing VS Whatsapp / Telegram

Video conferencing adalah satu cara di mana cikgu buat live video call bersama-sama dengan murid. Kelebihannya, cikgu-cikgu dapat melihat murid dan mungkin memaparkan nota. Walaupun begitu, atas kekangan seperti data internet serta sambungan internet yang tidak stabil boleh menjadi penghalang kepada situasi ini.

Whatsapp / Telegram pula memudahkan kita menghantar maklumat, bahan rujukan dan panduan dengan mudah. Tidak perlu menghabiskan data. Kebanyakan pembekal internet sekarang memberikan akses Whatsapp unlimited. Hal ini sangat membantu.  Jadi mungkin ada fleksibiliti dalam memilih platform.

7. Beri bahan rujukan sebelum mula kelas

Edarkan bahan rujukan sebelum 'live class'. Hal ini dapat menjimatkan banyak masa. Oleh itu, murid sudah bersedia dengan pengetahuan sebelum kelas bermula. Hanya perbincangan dirancakkan dan bukan bacaan nota. Rujuk konsep Flipped Classroom.

8. Tentukan bagaimana penilaian atau pentaksiran dibuat.

Semasa perbincangan live atau melalui Whatsapp atau Telegram, tentukan bagaimana guru nak semak hasil kerja murid atau semasa perbincangan melalui 'Live Chat'.
 

Tip menarik:

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba

'Internet pun kurang capaiannya... kami belajar guna Whatsapp je,' - luah guru pedalaman Sarawak

50 latihan peribahasa disediakan Guru Cemerlang SBP Integrasi Kubang Pasu

Guru Cemerlang kongsi kuiz subjek Sains untuk pelajar Tingkatan Tiga dan Lima jawab

Ustazah Zulfa sediakan 10 soalan mudah untuk calon UPSR jawab – Boleh rujuk buku teks

Cikgu Mohd Azif kongsi set latihan Fizik untuk calon SPM ulangkaji sepanjang PKP

Latih tubi soalan objektif Matematik SPM 2020 – Perkongsian Guru Cemerlang