“NAK tengok cikgu-cikgu SK Taman Kosas berlakon? Siap buat pickupline lagi. Jemput tonton video 'Pembuka kata' raya daripada kami, SK Taman Kosas, Ampang. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.”

Lebaran yang dinanti dimeriahkan lagi dengan pembikinan pelbagai versi video raya sekolah yang menghiburkan. Salah satunya, video raya 'pembuka kata' raya SK Taman Kosas, Ampang ini.

Video raya lain dari biasa ini telah mendapat 110 komen, 256 perkongsian dan juga 18,000 ribu tontonan. Rata-rata terhibur dengan kelainan yang ditonjolkan.

Sumber: SK Taman Kosas, Ampang

Ingin kami siarkan video anda? Emelkan kepada [email protected]