Calon wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah  bagi melayakkan calon memperoleh sijil SPM. Tahun ini menunjukkan pencapaian calon SPM 2019 berbanding 2018.

Jumlah  calon SPM 2019 di negeri Selangor yang layak mendapat sijil SPM adalah seramai 54,627 calon ( 84.30%) berbanding 54,093 calon (83.68 %) pada tahun 2018.  

Ia menunjukkan peratus calon yang layak mendapat sijil pada tahun 2019 telah meningkat sebanyak 0.62% berbanding tahun sebelumnya.

Amir dan Ariff meraikan kecemerlangan bersama Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mahanom Mat Sam, dan disaksikan oleh kedua ibu bapa mereka.

Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr Mahanom Mat Sam, berkata peratus calon yang memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- bagi semua pelajaran yang diduduki dalam SPM 2019 meningkat sebanyak 0.34% berbanding tahun sebelumnya.

Katanya,gred purata negeri dalam peperiksaaan SPM 2019 bagi negeri Selangor ialah 4.86 berbanding 4.89 pada tahun 2018.

“Ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti pencapaian calon yang mendapat keputusan cemerlang tertinggi, cemerlang dan kepujian dalam mata pelajaran yang diambil adalam lebih membanggakan.

“Daripada jumlah itu, seramai 49 calon sekolah KPM (0.07%) telah berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran,”katanya pada sidang media pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr Mahanom Mat Sam

Bagi tahun 2019, seramai 38,003 calon telah lulus semua mata pelajaran A+ sehingga E, berbanding seramai 37,648 calon pada tahun sebelumnya.

Ini menunjukkan peningkatan seramai 355 orang calon yang lulus semua mata pelajaran. Manakala calon yang  mendapat gred A+ sehingga C turut meningkat dari segi peratus iaitu 0.71%.

Pada masa sama, beliau juga mengharapkan semua pihak sama ada peringkat sekolah, jabatan mahupun PPD, perlulah berusaha meningkatkan lagi pencapaian prestasi SPM untuk 2020, agar peratusan yang mendapat sijil dan lulus semua mata pelajaran terus meningkat.

Wong Jia Yee bersama keluarga

“Pelbagai program telahpun dirancang oleh jabatan, seperti tuisyen, program-program khas meningkatkan PDP Guru dan juga menarik perhatian murid untuk menggunakan teknologi agar mereka lebih minat untuk pembelajaran,”katanya.

Amir dan Ariff, Terbaik Keseluruhan A+ ( 12A+)

Dalam majlis tersebut, turut disampaikan lima kategori anugerah kecemerlangan yang melibatkan 60 pelajar cemerlang dari seluruh Negeri Selangor.

Kategori pelajar terbaik keseluruhan 9A+, pelajar terbaik keseluruhan 10A+, pelajar terbaik keseluruhan 11A+, pelajar terbaik keseluruhan 12A+ dan pelajar terbaik SPM dan sukan, SPM dan kokurikulum, orang asli dan keperluan khas.

“Rahsia kejayaan saya adalah fokus dan sentiasa membuat latihan di dalam kelas. Guru-guru akan memberi tip teknik menjawab soalan. Ia sangat penting bagi setiap calon yang bakal menduduki peperiksaan,”Wong Jia Yee, 11A+, SMJK Katholik Petaling Jaya.

“Tanpa pertolongan ibu bapa dan juga guru, saya tak mungkin akan dapat peroleh apa yang saya capai hari ini. Setiap guru itu berpengalaman dan tahu bagaimanakah cara untuk skor markah dalam peperiksan. Jadi, dekatilah mereka sebab tanpa mereka, siapalah kita,”Muhammad Amir Mohamad Ghazaly, Terbaik Keseluruhan A+ ( 12A+), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang.

“Banyakkan berdoa kepada Allah SWT, ibu bapa dan guru. Rahsia kejayaan saya adalah, tumpukan perhatian di dalam kelas. Sebab pada masa inilah guru akan kongsikan pelbagai tip dan juga pendedahan terbaik kepada murid yang diajarnya,” Muhammad Arif Mohamad Ghazaly, Terbaik Keseluruhan A+ ( 12A+), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

“Rahsia kejayaan saya adalah, waktu pagi saya akan solat tahajud dan kiamullail. Di sekolah, saya akan memberikan tumpuan penuh ketika pembelajaran di dalam kelas. Walaupun saya ini adalah pelajar kurang upaya, layanan yang diberikan oleh guru kepada saya sama sahaja dengan pelajar lain. Saya pun tidak menjadikan kekurangan saya ini sebagai halangan untuk berjaya. Ia bukanlah beban tetapi anugerah daripada Allah SWT,”Kamarul Afizi Mohd Yusoff, Terbaik SPM Kategori Kurang Upaya Penglihatan (buta) 9A, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisammudin, Klang.

“Perasaan saya tak sangka akan dapat 12 A, sebab sebelum ni memang tak pernah dapat straight A. Guru-guru dan kawan-kawan pun memang  banyak bantu, selain kena fokus dalam kelas,”Nabila Irdina Mat Yaacob, 12A, Kategori Pelajar Terbaik SPM Berkeperluan Khas (Kurang Upaya Fizikal) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang.

Tip Penting:

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam

Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah

Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini