KOTA BHARU – Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala, Melor di sini berjaya meraih tempat kelima daripada 16 pasukan dalam Kejohanan Bola Sepak 7
Sebelah 1Murid 1Sukan, Kementerian Pendidikan dan Yayasan Bank Rakyat peringkat kebangsaan di Melaka baru-baru ini.

Guru Besar, Zainuddin Hussin ketika ditemui memberitahu, ia merupakan satu kebanggaan kepada sekolah dan negeri apabila pasukan bola sepak yang dibarisi pemain cilik berjaya merangkul pencapaian sehingga ke peringkat kebangsaan.

“Kejayaan ini akan dijadikan sebagai penanda aras  untuk kejayaan yang lebih besar selepas ini. Kita akan  pastikan pelajar murid kita dapat mengimbangi antara akademik dan sukan. Kedua- duanya mempunyai skop kejayaan yang tersendiri,” katanya.

Dalam perlawanan pertama bertemu Labuan,  Kelantan menang dengan keputusan 5-0, selain mengalahkan Sembilan 2-0 dan Johor 1-0, manakala untuk suku akhir, Kelantan kalah tipis pada masa kecederaan ketika berdepan Perlis dengan keputusan 2-1 dan kembali bertarung dalam penentuan tempat kelima hingga lapan dengan berjaya mengalahkan Melaka 2-0.

Untuk penentuan tempat kelima dan enam, sekali  lagi Kelantan berjaya mengekalkan kejayaan dengan membenamkan  Negeri Sembilan 2-0, sekali gus menobatkan Kelantan di tempat kelima.

Pemain, Hamrish Batishah juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak  pasukan Kelantan dengan jaringan lapan gol.

Sementara itu, Ketua  Jurulatih, Wan Norazmi Wan Junus berkata, disiplin yang diterapkan menjadikan  murid lebih bersemangat untuk bertarung.

“Kita juga berterima kasih kepada Ketua Jurulatih  Remaja Kelantan, Faizal Ibrahim di atas tunjuk ajar dalam persediaan pasukan,” katanya.

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau