Berapakah umur persaraan wajib? Tindakan jika tarikh lahir tersilap catat? Apakah faedah-faedah persaraan? Apakah itu pencen hilang upaya? Syarat persaraan pilihan? Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

Banyak lagi persoalan lain yang boleh dijadikan panduan di bawah ini.

Bagi orang awam, pencen itu bermaksud sudah tidak lagi bekerja, duduk rumah, masa bersama keluarga, berehat, dan terima pencen setiap bulan. Namun masih ramai lagi yang kurang faham apakah yang dimaksudkan dengan pencen dan jenis-jenis pencen.

Di bawah ini kami kongsi 19 soalan lazim sekitar pencen dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh anda teliti dan ketahui.

BERSARA WAJIB/ PERSARAAN PILIHAN

1. Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam? Jawapan:

- Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun

- Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 56 tahun

- Lantikan pada atau selepas 1.7.2008 – Umur persaraan wajib adalah 58 tahun

- Lantikan pada atau selepas 1.1.2012 – Umur persaraan wajib adalah 60 tahun

Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Pekeliling-Pekeliling yang berkaitan.

 

2. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya tarikh lahir pegawai tersilap catat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan?

Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan Sijil Kelahiran dan salinan kad pengenalan yang di sahkan mengikut Perenggan 3 dan 4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002.

 

3. Kenapakah ganjaran tidak diberikan kepada anggota yang memilih Skim KWSP, sebaliknya diberikan kepada yang memilih Skim Pencen?

Skim KWSP dan Skim Pencen adalah dua skim persaraan yang berbeza dan mempunyai faedah persaraan yang berlainan. Ganjaran adalah satu faedah persaraan di bawah Skim Pencen dan tidak ditawarkan di bawah Skim KWSP.

 

4. Apakah faedah-faedah persaraan yang di bayar kepada pegawai yang menerima Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA)?

Pegawai akan di bayar faedah seperti pencen bulanan, ganjaran, pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007, dan kemudahan rawatan dan perubatan dalam persaraan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya seperti di Perenggan 5, Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2001.

5. Adakah tempoh cuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas diluar Negara boleh diambil kira untuk faedah pencen?

Tidak boleh seperti di Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005.

 

6. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai-pegawai berpencen?

Pegawai-pegawai berpencen ialah seperti di Perenggan 8, Akta Pencen 1980 (Akta 227)

Seksyen 8-Pegawai-pegawai disifatkan menjadi pegawai-pegawai berpencen, tanpa menyentuh seksyen 7, pegawai-pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai-pegawai berpencen:-

(a) Seseorang pegawai yang telahpun dimasukkan dalam perjawatan berpencen dibawah Ordinan Pencen 1951 sebelum daripada 1/7/1977, Ordinan Pencen Sabah 1963 atau Ordinan Pencen Sarawak sebelum daripada 1/7/1978, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b) Seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab-sebab perubatan atau dibawah seksyen 12(A) sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasukkira; atau

(c) Seseorang pekerja berpencen dibawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 atau mana-mana undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam.

 

7. Adakah pegawai yang diisytiharkan bankrap atau muflis layak di bawar pencen?

Tidak layak, seperti di perenggan 20(1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227).

 

8. Adakah tempoh cuti menjaga anak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan?

Tidak, seperti di perenggan 3 (viii), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.

 

9. Apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Hilang Upaya?

Pencen Hilang Upaya ialah seperti yang dijelaskan di perenggan 17(1) dan (2) Akta Pencen 1980 (Akta 227).

 

10. Bolehkah seseorang anggota bersara pada umur 58 tahun jika ia sedang menghadapi tindakan tatatertib atau perbicaraan jenayah yang boleh berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan?

Dalam keadaan sedemikian, anggota berkenaan tidak boleh bersara apabila mencapai umur 58 tahun.Sebaliknya perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai di lanjutkan melampaui umur tersebut sehingga keputusan di perolehi. Sekiranya tatatertib atau perbicaraan itu tidak berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan, maka ia hendaklah dibersarakan dan tempoh perkhidmatan selepas umur 58 tahun dikira cuti tanpa gaji dan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan.

 

11. Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 12(3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:-

Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada umur 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan,

Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

 

12. Apakah prosedur permohonan bersara pilihan?

Prosedur permohonan bersara pilihan adalah seperti beriku:-

- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik tetap

- Telah disahkan dalam jawatan

- Memilih opsyen pencen

- Telah dimasukkan ke dalam jawatan berpencen

- Anggota yang telah berumur 40 tahun

 

13. Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?

Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah:-

- Balu atau balu-balu atau duda(bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);

- Anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

 

14. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim A dan siapakah yang akan dibayar dibayar Skim ini?

Pembayaran pencen di bawah Skim A membawa maksud bahawa pencen pesara akan terus dikredikan ke akaun bank pesara di hari pembayaran pencen pada setiap bulan. Pesara boleh membuat pengeluaran pencennya di mana-mana cawangan bank berkenaan di seluruh Negara.

Golongan pesara yang layak dibayar pencen di bawah Skim A ialah mereka-mereka yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.

 

15 Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah skim ini?

Pembayaran pencen di bawah Skim B membawa maksud bahawa untuk mendapatkan bayaran pencen mereka, pesara perlulah terlebih dahulu membuat tuntutan di mana-mana cawangan bank yang berkenaan, dengan mengisi borang tuntutan pencen yang boleh diperoleh dikaunter bank berkenaan. Ini bererti pesara/penerima pencen pelu menghadirkan diri ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran pencen dikreditkan ke adalam akaunnya. Tiada perkreditan terus pencen ke akaun pesara di buat di bawah skim B.

Golongan pesara yang layak dibayar di bawah Skim B ialah mereka-mereka yang bujang atau yang telah kematian isteri/suami atau mempunyai suami/isteri yang dikahwini selepas bersara dan juga mereka menerima pencen terbitan/pencen tanggungan.

 

16. Adakah pasangan kepada anggota yang meninggal dunia di bawah Skim kepada anggota yang meninggal dunia di bawah skim KWSP layak menerima ganjaran terbitan?

Ganjaran terbitan hanya layak di beri kepada anggota yang memilih Skim Pencen.

 

17. Adakah selepas memilih Skim Pecen di bawah opsyen semula ini mengikut PP 1/2009, bayaran kemudahan perubatan akan di tolak daripada ganjaran?

Tidak.Bayaran kemudahan perubatan tidak ditolak daripada ganjaran yang diterima.

 

18. Bagaimanakah kaedah pengiraan kadar ganjaran, award wang tunai gantian cuti rehat (GCR) dan pencen?

Ganjaran =7.5% X tempoh perkhidmatan yg boleh diambil kira X gaji hakiki bulan yang terakhir

Pencen =1/600 X tempoh perkhidmatan yg boleh diambil kira X gaji hakiki bulan yang terakhir

GCR =1/30 X cuti rehat yang terkumpul X emolument (gaji akhir termasuk imbuhan tetap)

 

19. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan seseorang pegawai di bersarakan atas sebab kesihatan?

Apabila KJ berpendapat bahawa seseorang pegawai itu mungkin perlu dibersarakan kerana tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal. KJ hendaklah memohon kepada Pengarah Kesihatan Negeri untuk menubuhkan sebuah lembaga perubatan bagi memeriksa kesihatan pegawai itu khusus bagi maksud memberi pendapat samada pegawai berkenaan berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya.

 

Sumber: https://www.moe.gov.my/

Artikel Menarik:

Cikgu ini beri pesanan kepada ibu bapa murid sekolah sesi petang

'Saya terima amanah dengan penuh keinsafan, berilah saya ruang lakukan terbaik' - Dr Mohd Radzi

 

Tip Lain:

Pengetua penentu kecemerlangan sekolah

Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah

Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini

Skor A semua subjek UPSR daripada sekarang - Cikgu Ahmad Safarman kongsi enam tip mudah

Hafal formula 'Memori Mengarang', murid pasti skor Bahasa Melayu UPSR