CONTOH SOALAN SPM 2013
1. Terangkan ciri bandar moden yang anda idamkan [2 markah]
2. Cadangkan tiga langkah yang berkesan untuk membasmi sifat jahiliah dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini [3 markah]
3. Berikan tiga cadangan anda untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat masa kini [3 markah]
4. Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebagai kuasa maritim yang maju? [6 markah]
5. Sekiranya anda sebagai pemimpin masyarakat tempatan pada waktu itu, bagaimanakah anda mempertahankan tanah hak milik masyarakat tempatan [6 markah]
6. Sebagai pemimpin, apakah yang akan anda lakukan untuk mewujudkan sistem birokrasi yang berkesan di negara kita [6 markah]
7. Bagaimanakah sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan? [6 markah]
8. Pada pandangan anda, bagaimanakah negara komanwel dapat bergiat cergas setanding dengan pertubuhan dunia yang lain [6 markah]
CONTOH SOALAN SPM U 2013
1. Bagaimana kegiatan perdagangan di negara kita boleh dimajukan dan dipertingkatkan [3 markah]
2. Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Berikan cadangan agar warga Malaysia menikmati taraf hidup yang tinggi menjelang tahun tersebut. [6 markah] 3. Jelaskan persiapan yang perlu dibuat oleh anda untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju. [6 markah]
CONTOH SOALAN SPM 2014
1. Jika anda sebagai Ahli dalam Sistem tersebut, jelaskan tindakan untuk memanfaatkan peluang tersebut bagi mempertahankan hak dan maruah bangsa [6 markah]
2. Terdapat segelintir rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda masih tidak mendaftar sebagai pengundi.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? ( Aspek ciri buruk)
Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut (Aspek cadangan) [6 markah]
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN ASPEK CADANGAN
Cadangkan strategi yang sewajarnya dilakukan oleh pemimpin tempatan dalam usaha menentang British di Tanah Melayu.
DIGALAKKAN JUGA MEMBERI JAWAPAN DI LUAR KOTAK
F1
Menggunakan senjata moden
F2
Membuat persediaan yang rapi
F3
Mengkaji kelemahan British
F4
Mendapatkan bantuan dari pihak luar
F5
Mengadakan rundingan dengan pihak British
F6
Melakukan serangan hendap
F7
Meningkatkan ilmu peperangan
F8
Melakukan perang gerila
F9
Menghantar surat bantahan di London
F10
Menubuhkan Persatuan Pembesar untuk menentang British
Sebagai pemimpin negara, jelaskan usaha anda untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini.
F1
Penubuhan universiti antarabangsa
F2
Membina perpustakaan yang canggih
F3
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran
F4
Meningkatkan prasarana pendidikan
F5
Menggalakan pelajar asing belajar di Malaysia
F6
Menjalankan pendidikan jarak jauh
F7
Memperbanyakan sumber rujukan
F8
Menaiktaraf penggunaan ICT dalam pendidikan
F9
Mengadakan promosi pendidikan di luar negara
F10
Mewujudkan kestabilan politik
F11
Menjadikan Malaysia pusat penterjemahan
Sebagai pemimpin negara, nyatakan usaha anda untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita.
F1
Mengadakan kempen perpaduan antara kaum
F2
Mengadakan gotong royong melibatkan semua kaum
F3
Mengadakan rumah terbuka melibatkan semua kaum
F4
Mengadakan aktiviti sukan melibatkan semua kaum
F5
Mendirikan sekolah untuk semua kaum
F6
Memupuk semangat cinta negara
F7
Mengadakan kerjasama politik antara kaum
F8
Menubuhkan parti politik untuk semua kaum
F9
Menggalakkan pengunaan bahasa kebangsaan
F10
Tidak menyentuk perkara sensitif kaum lain
F11
Memupuk sifat menghormati budaya kaum lain
F12
Mengamalkan konsep 1Malaysia
Andaikan anda salah seorang daripada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara ketika itu, apakah tindakan yang akan anda lakukan bagi menangani penjajahan kuasa Barat?
F1
Berunding dengan penjajah
F2
Berdemonstrasi menentang penjajah
F3
Menubuhkan parti politik untuk menentang penjajah
F4
Mengangkat senjata melawan penjajah
F5
Memulaukan kerajaan penjajah
F6
Menulis surat bantahan kepada penjajah
F7
Tidak bekerja sebagai kakitangan penjajah
F8
Bekerjasama dengan negara lain menentang penjajah
F9
Menghantar rombongan menuntut kemerdekaan
F10
Mendesak penjajah menjaga kebajikan penduduk pribumi
Cadangkan langkah-langkah untuk mengukuhkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda hari ini.
F1
Tidak mencemarkan imej negara
F2
Melibatkan diri dalam pembangunan negara
F3
Berakhlak mulia
F4
Mematuhi undang-undang negara
F5
Setia pada negara
F6
Menghormati raja dan negara
F7
Merayakan bulan kemerdekaan
F8
Membeli barangan tempatan
F9
Tidak terlibat dengan gejala negetif
F10
Menghormati lambang negara
A8
ASPEK BUAT PERKARA BAIK-BAIK
- Kebanyakan soalan di bawah aspek menjana idea tetapi terdapat juga di bawah aras aplikasi
- Petanda soalan aspek ini, pada soalan biasanya terdapat perkataan:
“Sebagai warganegara”
“Peranan anda”
“Peranan jenerasi muda”
“ Golongan remaja”
- Remaja/generasi muda /warganegara yang buat perkara baik-baik, bukan pihak lain
Contoh jawapan yang salah – kerajaan mengukuhkan perpaduan antara kaum.
- Boleh menggunakan kata kerja “ Mengukuhkan, mengeratkan, mewujudkan, menguasai, menjadi, mematuhi” pada permulaan ayat.
- Jawapan yang sama untuk soalan berlainan
- Terdapat juga soalan yang memerlukan jawapan spesifik
CONTOH SOALAN SPM
1. Berikan cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warga negara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara (SPM 2008)
2. Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik, apakah peranan anda untuk menjamin pembangunannegara kita supaya berterusan? (SPM 2010)
3. Sebagai warga negara Malaysia, bagaimanakah anda berusaha untuk melaksanakan mesej yang terkandung dalam lagu kebangsaan negara kita? (SPM 2011)
BANK JAWAPAN BUAT PERKARA BAIK-BAIK
F1
Mengeratkan perpaduan antara kaum
F2
Menjaga keharmonian dalam masyarakat
F3
Mengukuhkan keamanan dalam negara
F4
Mematuhi ajaran agama
F5
Mematuhi undang-undang negara
F6
Menguasai ilmu pengetahuan
F7
memiliki sifat tabah dalam kehidupan
F8
Menjadi pemimpin berwibawa
F9
Menjadi golongan intelektual
F10
Mempunyai strategi berkesan
F11
Mempunyai fikiran yang kreatif
F12
Menguasai bidang teknologi tinggi
F13
Bijak berkomunikasi
F14
Sanggup berkorban untuk negara
SOALAN PENGUKUHAN ASPEK BUAT PERKARA BAIK-BAIK
1. Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, jelaskan persiapan yang anda mesti lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan (SPM 2011)
2. Nyatakan dua ciri rakyat Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi (SPM 2012)
3. Sebagai warganegara yang patriotik, apakah tanggungjawab anda untuk mengekalkan kedaulatan Malaysia (SPM 2013)
4. Bagaimanakah cara untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang-pejuang tanah air? (SPM U 2013)
CONTOH BANK JAWAPAN BUAT PERKARA BAIK-BAIK LEBIH SPESIFIK
Bagaimanakah generasi muda memanfaatkan globalisasi? (Peringkat aplikasi)(SPM 2014)
F1
Menguasai teknologi maklumat
F2
Menambah kenalan di luar negara
F3
Mencipta teknologi baru
F4
Merebut peluang dalam bidang perniagaan
F5
Berfikir secara kreatif
F6
Menguasai ilmu pengetahuan
F7
Meningkatkan taraf kehidupan
F8
Menjadi golongan intelektual
F9
Mengekalkan keharmonian dalam negara
F10
Mengekalkan keamanan dalam negara
F11
Menggunakan strategi yang berkesan
F12
Menjadi usahawan berjaya
DISEDIAKAN OLEH:
ABDULLAH MAMAT
SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU
Pencerahan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT): Bahagian 7
|

www.gpsbestari.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
ARTIKEL BERKAITAN