DIBERI peluang memegang watak antagonis menerusi drama bersiri 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' telah membuatkan gadis ini makin dikenali ramai.

Watak sebagai Zaza itu benar-benar memberi impak besar buat gadis kelahiran Pulau Pinang ini.

Zaza atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan merupakan anak seni yang berdarah kacukan Melayu dan Arab.