KASIH seorang guru terhadap pelajarnya begitu tinggi. Lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.

Satu contoh yang nyata dapat dilihat dengan tindakan tuan pengetua SMK Balleh, Kapit, Encik Lau Yok Huck.

Di saat pelajar-pelajarnya sakit dan memerlukan rawatan...guru-guru dan pengetua akan membantu mengiringi ke tebing, menaiki perahu bersama dan setibanya di klinik kesihatan terdekat pengetua sanggup memikul pelajar yang sakit menaiki tangga hingga ke tebingan.

Sikap beliau turut dipuji warganet yang membaca kisah beliau di laman page SMK Balleh.

Demikianlah keprihatinan yang ditunjukkan oleh Encik Lau Yok Huck, pengetua SMK Balleh yang begitu mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya.

Terima kasih Tuan Pengetua...Terima kasih cikgu...

Bertuah SMK Balleh mempunyai pengetua yang hebat.

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis

ARTIKEL MENARIK:

Terperangkap dalam hujan lebat, Baverly sanggup gendong pelajar Pendidikan Khas redah air

Teknik-teknik menjawab Bahasa Inggeris (Penulisan) UPSR untuk murid potensi lulus

Enam perkara ubah PSS jadi ceria - Cikgu wajib tahu ini

Cikgu Hailmi dapati guru hampir seluruh dunia alami tujuh masalah ini (7 foto)

'Inilah kebahagiaan untuk kami... inilah kecemerlangan yang sebenar bagi kami'