JERTEH - Seramai empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong berjaya memperolehi purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), baru-baru ini.

Tiga pelajarnya mendapat 5A iaitu Wan Zuria Halyni Wan Zainuddin, Muhammad Afandi Jusoh dan Nur Suzila Irwani Mazlan.

Manakala Nur Nadhirah Rohaizat mendapat 4A 1B.

Pengetua, Siti Meriam Deraman berkata, pencapaian itu merupakan pencapaian terbaik sekolah semenjak aliran Tingkatan Enam dibuka pada tahun 2004.

"Selain kejayaan cemerlang pelajar, kita juga berjaya mencapai GPS 3.26 mengatasi GPS Kebangsaan dan negeri Terengganu.

"Malah, SMK Bukit Payong juga telah mendapat anugerah sebagai sekolah yang mendapat semua A penuh tertinggi dengan pencapaian 21.88 peratus dan menjadikannya sebagai Sekolah Harian Terbaik negeri Terengganu bagi kategori tersebut," katanya.

Terdahulu, seramai 32 calon telah menduduki peperiksaan STPM pada November 2019 yang lalu.

Cikgu Siti Meriam berkata, pelbagai strategi digunakan oleh SMK Bukit Payong dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang STPM.

"Salah satunya adalah sikap keprihatinan semua guru terhadap permasalahan yang dihadapi pelajar termasuklah masalah akademik, kewangan dan lain-lain," ujarnya.

Menurut Cikgu Siti Meriam, beberapa program telah diadakan tahun lalu khusus untuk pelajar STPM 2019.

"Kita anjur program Kilauan Permata iaitu program khas menjaga prestasi pelajar target untuk mencapai keputusan cemerlang.

"Sasaran adalah kepada pelajar terbaik seramai empat hingga lima orang sahaja," ujarnya.

Selain itu, sekolah juga giat menjalankan program Mentor Mentee dan beberapa kelas tambahan bagi pelajar STPM meraih keputusan cemerlang.

"Kelas tambahan diadakan setiap cuti hujung minggu, cuti umum dan juga waktu malam.

"Pihak projek STPM turut menyediakan sedikit makanan untuk pelajar yang datang," ujarnya.

Tambahnya, pelajar Tingkatan Enam diwajibkan solat dhuha pada waktu rehat dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah pada setiap hari.

"Guru-guru juga akan membantu pelajar menyiapkan segala tugasan dengan ketat supaya semua pelajar mampu mencapai markah tertinggi dalam semua kerja kursus yang dibuat," jelasnya.

Muhammad Afandi (empat dari kiri) yang memperoleh 5A dalam STPM 2019.

Keputusan 5A STPM menjadi milik Nur Suzila Irwani (tiga dari kiri).

Tip Menarik:

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Kenalpasti sistem fizikal bumi melalui lukisan mudah 'roket' - Geografi Tingkatan Satu

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam

Teknik graf bantu pelajar Tingkatan Dua hafal Pengasas Kesultanan Negeri dengan mudah

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020