JERTIH - Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong Hulu Besut, Siti Meriam Deraman bersama guru-guru Tingkatan Enam hadir bagi menyampaikan Slip Keputusan kepada seorang pelajar cemerlang Wan Zuria Halyni Zainuddin di rumahnya di Kampung Batu 13 Hulu Besut semalam.

Beliau yang berjaya memperolehi 5A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 telah berkongsi kejayaan dengan bapanya bekas Sarjan Mejar Polis Trafik Besut Wan Zainuddin Mohd Noor.

SMKBP disenaraikan antara Sekolah Terbaik Negeri apabila diumumkan sebagai sekolah Terbaik Peratus Semua A Terengganu dimana sebanyak 21.88 peratus pelajarnya memperolehi semua A dan 100 peratus lulus semua mata pelajaran.

Wan Zuria Halyni adalah antara empat pelajar terbaik yang mendapat PGNK 4.0. - Bernama

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih