JOHOR BAHRU – Cadangan kerajaan menyediakan sarapan percuma untuk semua murid di seluruh negara pada tahun hadapan disambut baik pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Kem Kelapa Sawit, Kulai di sini.

Mohamad Sharizan Saadon, 33, berkata, dia bersetuju dengan inisiatif itu bagi membantu semua murid mendapatkan sarapan.

“Sarapan sememangnya amat perlu diambil bagi memastikan murid kekal sihat dan cergas sepanjang hari sekali gus membantu mereka memberi tumpuan ketika di dalam kelas,” katanya," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohamad Sharizan yang menjadi pengusaha kantin sejak enam tahun lalu berkata, sepanjang tempoh berkenaan dia mendapati ada murid yang tidak makan pada waktu rehat.

Artikel berkaitan:

Ibu bapa di Malaysia jimat RM2.3 bilion dengan Program Sarapan Percuma - Pakar ekonomi, reaksi PIBG

'Spageti, roti sandwich, oat dan air kosong boleh jadi menu PSP' - Pensyarah kanan

Program Sarapan Percuma murid perlu ambil kira semua perspektif

Makanan disediakan kantin sekolah, KPM lancar Program Sarapan Percuma tahun hadapan