KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan senarai Cuti Perayaan KPM bagi tahun 2019.

Cuti perayaan adalah melibatkan cuti-cuti perayaan utama di Malaysia yang tidak jatuh dalam kalendar cuti sekolah.

Di antara perayaan yang termasuk dalam senarai cuti perayaan KPM tahun 2019 adalah Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak. Bagi cuti Hari Raya Aidilfitri pula, ia jatuh pada cuti penggal persekolahan pertengahan tahun.

Cuti Perayaan KPM 2019

Untuk maklumah, sesi persekolahan bagi penggal pertama bermula 1 Januari 2019 untuk sekolah dalam Negeri Kumpulan A dan 2 Januari untuk sekolah Kumpulan B.

Sekolah yang berada dalam Kumpulan A adalah sekolah-sekolah yang terletak di negeri-negeri yang cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala, sekolah Kumpulan B pula adalah sekolah yang terletak di negeri-negeri di mana cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Sekolah yang dimaksudkan adalah sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Berikut adalah jadual cuti perayaan tahun 2019 yang diperuntukkan oleh KPM.

Maklumat memaparkan jenis cuti perayaan, tarikh Kumpulan A dan B serta negeri yang bercuti.

Semoga dengan perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang merancang percutian atau balik kampung serta melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Selamat bercuti.   

ARTIKEL MENARIK:

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

'Terima kasih semua...' - Rezeki murid Tahun Enam jaga lima adik tidak putus-putus