SHAH ALAM - Penstrukturan KPM mengambil kira kepentingan dan kebajikan pegawai.  

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata penempatan pegawai dilaksanakan secara berfasa sehingga 31 Mei 2020 bagi disesuaikan dengan kekosongan perjawatan.

"Taklimat telah dilaksanakan kepada semua JPN dan PPD bagi memastikan penstrukturan dapat dijalankan secara teratur," katanya.

Menurutnya, pelaksanaan secara 'soft landing' turut dilakukan yang melibatkan kategori pegawai berikut:

a. Pegawai yang akan bersara atau layak dipertimbangkan kenaikan pangkat secara time based sebelum atau pada 31 Mei 2020 akan dikekalkan di penempatan semasa; dan

b. Pegawai gred DG42 dan ke bawah yang pernah menjawat jawatan Guru Besar diberi pengecualian daripada syarat lulus NPQEL bagi ditempatkan sebagai Guru Besar dan boleh menduduki NPQEL tersebut kemudian.

Beliau menjawab mengenai penstrukturan semula KPM yang dibangkit oleh Datuk Rosol Wahid (Adun Hulu Terengganu, Terengganu).  

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

KPM sentiasa beri perhatian, memastikan tenaga pengajar mencukupi

Cadangan mewujudkan perjawatan warden tetap di asrama akan dikaji

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

KPM akan terus pastikan murid mendapat bantuan dan sokongan pendidikan relevan dengan keperluan