SHAH ALAM - KPM memperuntukkan RM70 juta untuk penyelenggaraan kuarters milik KPM di seluruh negara tahun hadapan.

Menterinya, Maszlee Malik berkata pada tahun 2019, KPM memberi keutamaan kepada penyelenggaraan kepada kuarters yang berpenghuni.

"Namun, KPM juga menjalankan pembaikan kuarters kosong yang mempunyai permintaan berdasarkan permohonan dan keutamaan skop yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian," katanya menjawab soalan berkaitan menaik taraf kuarters guru oleh Lukanisman Awang Suni Adun Sibuti, Sarawak).

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

Agihan peruntukan penyelenggaraan sekolah ambil kira keperluan sebenar

Tiada pengasingan aliran di sekolah sebagai persediaan bentuk kerjaya

PSP bagi murid sekolah rendah utamakan pendekatan 'nutrition security' nutrisi