Putrajaya - Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2 yang dijadualkan pada 30 September 2019 ditangguhkan pada 9 Oktober 2019.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan (KPM) yang dihantar kepada GPS Bestari, bagi pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) kertas Bahasa Melayu Komunikasi dan English for Communication yang dijadualkan pada 30 September ini ditangguhkan pada 3 Oktober 2019.

Penangguhan itu disebabkan 29 dan 30 September diisytiharkan sebagai cuti peristiwa oleh kerajaan Kelantan bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Sehubungan itu KPM merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat kepada KDYMM Sultan Muhamad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan baginda.