KUALA LUMPUR - Sejumlah 47,537 calon akan menduduki peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 di 652 pusat peperiksaan seluruh negara pada 4, 5, 6, 7 dan 13 November ini.

Majlis Peperiksaan Malaysian (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 47,100 adalah calon sekolah kerajaan, 184 calon sekolah swasta, 226 calon persendirian individu dan 27 calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, 51,172 calon pula akan menduduki peperiksaan Semester 1 STPM 2020 pada 14, 18, 19 dan 20 Nov di 654 pusat peperiksaan.

Daripada bilangan itu, 50,965 adalah calon sekolah kerajaan, 102 calon sekolah swasta, 89 calon persendirian individu dan 16 calon sekolah kerajaan negeri.

Selain itu, MPM memaklumkan peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 2019 melibatkan 43,150 calon akan berlangsung pada 14, 18, 19 dan 20 November manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2019 pula diadakan pada 21, 25, 26 dan 27 November dengan 42,592 calon.

Ujian bertulis Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 2019 akan berlangsung pada 2 November ini di 606 pusat ujian dan melibatkan 68,275 calon. - Bernama

Artikel berkaitan:

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

31 cara mengawal murid dalam kelas oleh Cikgu Herryan Syah. Senang sangat!

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan