"Saya menggunakan seluruh kudrat yang ada dan dengan izin ALLAH, semuanya selamat. Saya mengambil masa lebih 30 minit untuk menyelamatkan kesemua mangsa ketika itu dan kebanyakan mereka memang lemah serta tidak bermaya,”jelas Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadiah, Hutan Melintang, Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, ketika menerima penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menyelamatkan empat remaja perempuan yang hampir lemas dalam tali air di kilometer 28 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap, Kampung Gajah, Bota, Perak.