IPOH - Sebanyak 28 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Integrasi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Islam di Perak ditutup mulai 14 hingga 25 Oktober akibat jangkitan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Mohd Akmal Kamarudin dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan 21 SAR dan tujuh tadika Islam di beberapa daerah antaranya Kinta, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kerian serta Hulu Perak.

Beliau berkata, antara SAR yang ditutup operasi pengajaran dan pembelajaran ialah di daerah Manjung iaitu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Kampung Tersusun Batu 7, SRAR Ittifaqiah, SRAR Al-Khairiah, SRAR Al-Aliah dan SRAR Annasriah, kesemuanya di Lekir manakala di Seri Manjung pula membabitkan SAR Arshadiah dan SRAR Abadiah.

“Penutupan itu turut melibatkan SRAR di daerah Larut, Matang dan Selama iaitu Madrasah Al Khairiyyah Islamiah dan SRAR Darul Ehsan manakala di Kerian membabitkan SRAR Al-Ehya’ Addiniah, SRAR Al Hidayatul Islamiah, SRAR Nor Hidayah, SRAR Al-Irsyadiah dan SRAR Khairiah Islamiah, SRAR Fadilah Islamiah, SRAR Al-Tahzib, SRAR An Najihin, SRAR Al Hidayah dan SRAR Al Faizin,” katanya.

Mohd Akmal berkata, di Kinta pula membabitkan SAR Al-Taufiqiah dan SRAR  Ar-Raudhatul Ulum, masing-masing di Chemor.

Katanya, tadika Islam yang ditutup adalah TIP Al-Hidayah, Batu Kurau; TIP Al-Hashimiah, Taiping; TIP An Nasriah, Sitiawan; TIP Al-Amin , Pengkalan Hulu; TIP Al-Hidayah, Parit Buntar; TIP As-Syakirin, Parit Buntar dan TIP Nurul Wardah, Kuala Kurau.

Dalam pada itu, Mohd Akmal berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta kepada semua sekolah agama yang berdaftar untuk kos pembersihan dan infeksi serta peralatan kesihatan yang diperlukan  menggunakan peruntukan yang telah diberikan mengikut keperluan sekolah.

“Setiap sekolah telah menerima RM2,500 bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi. Bagi sekolah yang ditutup, ada yang sudah selesai menjalankan aktiviti pembersihan dan ada juga yang masih dalam proses,” katanya.