"Saya menggunakan seluruh kudrat yang ada dan dengan izin ALLAH, semuanya selamat. Saya mengambil masa lebih 30 minit untuk menyelamatkan kesemua mangsa ketika itu dan kebanyakan mereka memang lemah serta tidak bermaya,”jelas Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadiah, Hutan Melintang, Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, ketika menerima penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menyelamatkan empat remaja perempuan yang hampir lemas dalam tali air di kilometer 28 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap, Kampung Gajah, Bota, Perak.

Keberaniannya juga turut menerima penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pejabat Agama Islam Bagan Datuk.

Muhammad Nor Imran berkata dia bersyukur kerana berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dan tidak menyangka tindakannya itu mendapat perhatian orang ramai.

Keberaniannya juga turut menerima penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pejabat Agama Islam Bagan Datuk

Katanya, segala tindakannya itu adalah spontan demi menyelamatkan nyawa keempat-empat remaja perempuan itu biarpun keadaan sungai ketika itu deras dan bahaya.

"Saya menggunakan seluruh kudrat yang ada dan dengan izin Allah, semuanya selamat. Saya mengambil masa lebih 30 minit untuk menyelamatkan kesemua mangsa ketika itu dan kebanyakan mereka memang lemah serta tidak bermaya,” kata guru sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadiah, Hutan Melintang itu.

Muhammad Nor Imran berkata dia tidak putus-putus menerima pesanan teks dan panggilan daripada individu dan pihak tidak dikenali yang mengucapkan terima kasih dan memuji tindakannya sejak kejadian itu.

"Kakak seorang daripada mangsa juga ada menghubungi saya untuk berjumpa dan berterima kasih,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin Wariso berkata sijil penghargaan itu diberikan kepada Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, sebagai tanda terima kasih atas keberanian dan kecekapan dalam menyelamatkan empat nyawa biarpun tidak mengenali mangsa.

"Bukan senang untuk seseorang itu melakukan kerja menyelamat terutama di dalam air dengan keadaan arus deras dan badan yang berat, dia menggadaikan nyawa berusaha menyelamatkan kesemua mangsa.

"Sikap ini harus dipuji dan perlu diikut oleh orang ramai terutama apabila melibatkan nyawa namun keselamatan diri juga perlu diutamakan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sijil penghargaan kepada Muhammad Nor Imran Maula di Hutan Melintang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan hari ini turut memuji tindakan berani Muhammad Nor Imran itu dan pentadbiran kerajaan negeri akan mempertimbangkan sumbangan khas sebagai menghargai jasanya menyelamatkan kesemua mangsa. - BERNAMA

Artikel berkaitan:

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli Salleh tentang mereka

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi